Monday, March 14, 2011

Jom katakan tidak pada "Legging"

update ~!!

Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.

Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.
 
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. 

Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

sama2 kita renungkan,,ihsan dari google.tp aku tutup kn mukanya..

Aku cari dalam google..jmpa di oh tidak..

credit to I.M.A

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

19 comments:

Ana Syahirah said...

betul3.. sebab fesyen maruah tergadai.. masalahnye, bukan maruah beliau tu je yg tergadai.. ikutkan maruah org islam pun tergadai.. tp tak seteruk penggadaian maruah beliau.. ish3.. semoge Allah berikan hidayah bwt mereka dan kite2~

trisy said...

i like this entry. :)
saya pon tak suka legging~
wee~ :D

mazNi mAz said...

emM..btOl tu..,kaLau niaT nak ttup aurAt tapi pkAi mcm 2 jGk..xjD jGk..so..pLih la yG lEbih afdHal iaiTu pEmakaiAn mGikuT sYara',,..
shah..sayE da Try da nk rEgistEr nuffnAng tp cm dEw sumthiNg wronG jEw..xtAw la pLak npEw..hehEe..sOe tuLis at cNy pLak..

Muslimah Optimis said...

errrrrrrrrr.. assalamualaikum... bukan comei pun pakai legging tu.. buat gelinak tengok adalah.. kalo pakai kat dalam kain kurung xpala.. sebab memang wajib wanita yang memakai kain untuk memakai seluar di dalamnya... apa la nak jadi dengan manusia zaman sekarang.. mohon dijauhkan Allah swt..dan diberikan hidayah kepada mereka..

Unknown said...

aha..
malunye..kalu pakai cm tu..
pakailh yang bersesuaaian..

Butik Ummi said...

setuju tu..
salam kenal..
lwt2 la blog sy yea..

Unknown said...

shahjiehan.
sunflower nak buat iklan kt sne..
nkk jugak buat...
jom join contest.klik kt
umealong.blogspot.com

dah tagged dh..

Amanie Khairunnisa said...

saya pun tak berkenan perempuan pakai legging in public. tp skang neh kan bukan gadis jek pakai legging. mak gadis pun pakai T_T

Zatul Iffah Fakharuldin said...

ish tolong la..
bile pakai lengging pastu pakai tudung nampak burok giler..! baik x payah pakai tudung..
ape la nak jd ngan rakyat malaysia skg ni..

ibuintan said...

menjatuhkan maruah sendiri..

A.s.t.i.n.a said...

tak berani nak ckp takut terkena pada famili sendiri;. tapi saya sebagai pemakai baju, sangat kesian pada kaki kite kalau pakai tu.. unless naik moto kai kat dalam kain kurung tu dimaafkanlah.. awww sexy bang..

fRaMe+LenSeS said...

moga dijauhkan kita, family kita, adik badik kita pa suma dari menda nih.. takut ngat aih.. tak comei pn pakai ni.. namapk abeh.. eeuuu..

nabByla said...

klakar la rupa lau pakai legging kat luar. means di khalayak ramai. mmg nabilah x pnh nak cuba pown even bdn x besar, tp still ada ase segan cz x suke bila org tgk kite. ewww!

nabByla said...

setakat nie x pernah lagi la pkai legging kuar rumah. segan la.. t bila jalan mesti org pndg2.. huhu..

alinsharif said...

erkk..
nmpk plik d situ~~
+_+"

yaya said...

cam apa da...huhu..
akibat terlalu obses dengan fesyen zaman skrg..ni lah hasil nya...huhu

Ana Joe said...

HA,mmg geram betul pompuan2 yg pkai legging nih..biarla fesyen kita xcantik dmata org xp cantik dimata Allah...

Izamir Ridzwan said...

tudung elok dah.. bju elok dah.. legging pulak.. adoiii

Izamir Ridzwan said...

tudung elok dah.. bju elok dah.. legging pulak.. adoiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat