Thursday, March 10, 2011

Malaysia Seri dengan Pakistan Semalam.

update ~!!

LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.

Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0.

Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.

Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Swee tidak boleh terus dibuai mimpi dengan kejayaan tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu mengekalkan rentak kecemerlangan itu bagi menghadapi ujian yang dijangkakan lebih getir pada saingan pusingan kedua kelak.

Pada aksi pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan, skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam.

Sebanyak 13 pasukan terbabit mendapat undian bye pada pusingan pertama.

Apa-apa pun, tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama. -kosmo-


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

3 comments:

nabByla said...

seri pown ak dari kalah teruk. huhu...

Anonymous said...

tahniah kpd pasukan harimau Malaya :)
tapi harus di tingkatkan lg,,,byk yg goyah!

Siti Nurhayati Dollah said...

tahniah, dan semoga terus melangkah dengan maju :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat