update ~!!
Poco-poco HARAM! Aku penah juga la buat tarian x best nih. Slalunya di universiti banyak melakukan tarian ini, ketika event besar2. Pusat latihan PLKN juga turut menggunakan tarian ini sebagai 1 senaman. Hukum tarian ini adalah HARAM. Baca petikan berita berikut :
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - kosmo
Beridah~, haram jugak....
Beridah di sekolah~, haram jugak....
ade yang ckap, langkah tarian ini membentuk "T" salib tuh.... apa2 pon mufti dah ckp haram, haram la... jom share ilmu ni kepada kawan2 kita yg lain~
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
13 comments:
thanks for the info . selalu juga buat . huhu ;) oke lepas ney bersalsa pulok . huuu
erk, miza selalu ah menari poco-poco. tergelak-gelak bila dengar lagu poco-poco.
lamanye SJ tak dtg melawat blog mama ufah..=( sibuk ka?
betol2..aritu br tau..bentuk lambang s*l*b
dah pernah dengar dulu..
bila semua org nak jadi popular,mufti pun ikut nak popular juga....kadang2 panas hati dgn org2 tua ni,nak buat apa dgn fatwa kebangssan tu kalau semua negeri boleh main belasah keluarkan fatwa ...itu haram dan ini haram...buat pening umat islam jer!
la ye ke? kena report kat jab.kerajaan sebab depa suka sgt terian ini...hehe...
ehe tak payah la poco-poco. solat 5 waktu pun kira exercise jugak. kalau tak cukup tambah lg dengan solat sunat :)
hermm...tau dah haramm..xp pelik nyer ramai lagi y suke poco2.
haram ?huhu
tringat cite hantu k.limah balik rumah .heeeee
sy suka tarian poco2 nie..best je exercise gini..
pnh dgr dah poco2 diharamkan, tp nape baru2 nie ada hotfm wat poco2 kat dataran merdeka?kalau x silaplah dgr radio..buat terbuka gitu..if betul diharamkan,nape xde org yg nak tegur mereka ek?
emm x pahamlah benda camnie..
setahu saya mmg tarian tu membentuk tanda salib as org kristian selalu buat tu. criscross ke apa ntah... dah lama tahu benda ni tapi pelik bila xde sesiapa tegur bila tarian ni makin glamor... sy mmg xsuka tarian ni sbb sy dah tau dr awal. ~selalunya org kristian yg g gereja selalu menari tarian ni ms gathering hr ahad diorg. kalau xsilap la. sbb selalu tgk lam citer2 diorg :)
laa yeke..dulu masa kt u..selalu je kira tarian wajib selain chicken dance..
Post a Comment