Tuesday, March 15, 2011

Teknologi Jepun vs thunami

update ~!!

Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.

Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu.

Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.

Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.

Lewat petang semalam, stesen televisyen Jepun melaporkan empat pekerja loji nuklear cedera parah dalam kejadian letupan di salah satu bangunan reaktor yang rosak teruk.


 Thunami Paling dasyat

DETIK-DETIK ombak gergasi melanda pesisiran Iwanumi, Miyagi.

Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.

Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.

Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.

Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.

Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman mereka sama ada di padang atau taman.

Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran gempa, menjadikannya lebih selamat.

Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami, sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.

Jika berlaku gempa bumi  kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara, automatik.
[ni ETS, Kereta api paling laju di Malaysia]


Allah cuma nk uji negara paling maju dalam Dunia nih, wpon mcm2 teknologi depa dah cipta, tapi Allah lebih berkuasa. Subhanallah...



"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Alfatihah untuk Nenek SJ.. semoga ditempatkan di kalangan yang beriman.. tabahkan hati k..

Astina tak jumpa shoutout box... tumpang sini..

IMANSHAH said...

err, sisitem pengangkutan jepun yang termaju di sunia lumpuh sekelip mata..

Amanie Khairunnisa said...

betul tu. canggih mana pun sesuatu negara tu kuasa Allah lagi hebat. pengajaran utk kita semua yang kita tak mampu nak halang kekuasaan Dia

Kira Sakura said...

subhanallah... takutnye...

mizayusof said...

Subhanallah. Mereka semua sedang diuji dan kita semua tak kan terlepas daripada ujianNYA.


*update pasal hadiah ? hadiah apa ya. hehe

fRaMe+LenSeS said...

betoi kata kamu boss.. hebat mana pn yang kita ada. suma tu dari Ilmu DIA jugak.. DIa Maha Hebat. ;)

Ibu Ammar said...

tapi bangunan tinggi tak collapse tu mmg canggih.

kalau kat malaysia, gegaran takde pun stadium leh runtuh. apa kes?

A.s.t.i.n.a said...

Allah.. saya confuse.. takpe2 Alfatihah juga untuk arwah..

qasehraihan said...

subhanalah..
kuas Alah tiada siapa dpt menyangkal..

mr E oSk girL said...

hmm....kebijaksanaan akal manusia tak akan mampu menandingi kekuasaan Allah yg maha Esa...Subhanallah....^_^ takziah buat Jepun....takut rasa...

Nad said...

bangunan cuma bergoyang-goyang tu mmg superb.. tapi Allah baru uji sikit je tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat