Friday, April 22, 2011

4.7 juta iPad2 habis dijual

4.7 juta iPad2 habis dijual !!

Aku baru je nak beli ipad 2..tp dengar cerita dah habis di jual... cehhh!! awat power sangat aura barangan apple nih? pelikk btol.. Baru-baru ini Oh! media melancarkan 1 laman web khas untuk pengguna barangan Apple.. Klik SINI


Menurut pihak ohapplemy " iPad2 16GB WiFi akan di jual bermula dari Rm1600. Jadi kepada yang sudah tidak sabar untuk memiliki gadget tablet yang sexy dan paling hebat ini, sediakan duit anda. Andaikata betul iPad2 dilancarkan 29 April, boleh pergi dan beli terus. :) "



Syarikat Apple Inc. mengumumkan semua komputer tablet iPad keluarannya telah habis dijual dan ia kini sukar memenuhi permintaan pengguna untuk gajet popular itu, lapor sebuah akhbar semalam.


Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs menyatakan bahawa syarikat berkenaan, yang beribu pejabat di negeri California, telah menjual sebanyak 19.5 juta komputer iPad generasi pertama dan kedua pada tahun lalu dengan 4.7 juta lagi dijual sepanjang suku pertama tahun ini.

"Kami menjual setiap iPad 2 yang kami keluarkan," kata Ketua Pegawai Kewangan Apple, Peter Oppenheimer.

Menurutnya, pendapatan syarikat tersebut untuk tahun lalu adalah berjumlah AS$24.7 bilion (RM74.3 bilion) manakala AS$5.99 bilion (RM18.02 bilion) lagi diperoleh menerusi jualan pada suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook berkata, syarikat itu sedang meningkatkan pengeluaran iPad bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna dan akan memasarkan komputer tersebut ke 13 lagi negara dengan jumlah keseluruhan negara pasaran Ipad meningkat kepada 39 buah negara.

Apple melancarkan iPad pada penghujung April tahun lalu yang kemudian menjadi komputer tablet paling laris dan sukar ditandingi oleh jenama lain. - Agensi



iPad 2..bagaikan goreng pisang panas...

Jom serbu majlis pelancaran ipad2 nanti!! mana la taw, kot2 ade rezeki nk dapat freee :p..

hhhahaahha

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

10 comments:

KAMIHIDUP said...

oh, bila duit nak cukup ni, wahaaa.

Unknown said...

bestnye dpt ipad... kenapa ipad laku sgt eh? gtau skit dik?

Izamir Ridzwan said...

nk free jer boleh??

Unknown said...

PERGH,KAYA LA DIORANG..HAH,RM1600,X PE LAH,TUNGGU DUIT NUFFNANG YE

Amanie Khairunnisa said...

jum bakoooo! eh2 jum serbuuuuuu =)

Unknown said...

belum mampu ler~

naulofah said...

nak ipad dari awak sj boleh? =P

Farhana Jafri said...

mlas nk beli.. t beli kluar plak yg ketiga.. baik bli bnde lain dlu.. lgpun, ada apps dy yg aku nk tp xd.. muehehehe..

jemput singgah ANASAURUS :)

Unknown said...

blanja boleh?? hahaha

Solihin Zubir said...

pergh! laris cam pisang goreng..

sib baek harga ipad x sama cam pisang..

kalo x, mmg aku dh rembat.. heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat