Wednesday, April 20, 2011

6 produk kosmetik dikesan mengandungi racun

6 produk kosmetik dikesan mengandungi racun!!!!!... info terbaru yang aku baru terima, jadi kepada pelanggan setia barang kosmetik, sila ambil perhatian. Terutamanya gadis-gadis yang suka kepada penjagaan kulit yang rapi. Aku petik berita ini dari berita harian.



Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan. Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah
BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream. 

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).
 
Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika

Dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sumber


6 produk kosmetik dikesan mengandungi racun
  1. BML HB Lotion, 
  2. Krim Malam Shana. 
  3. Natasya Gold Krim Herba.
  4. Biotox Whitening Hydro Cream.
  5. Yoko Whitening Cream.
  6. Sue Beauty Night Treatment Cream. 
Gambar hiasan

Gambar hiasan

 Gambar hiasan

Berhati-hati ketika memilih bahan kosmetik. Jom sama-sama kita kongsi info ini pada kawan-kawan kita yang lain.

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

17 comments:

Annisa said...

bahaya bahay =.="

Izamir Ridzwan said...

huh bahaya ni klu adik2, mak, bini kita beli..

Dear Yayah said...

nasib baik sy tak pakai produk2 tu ,patut pipi sy licin je.





HAHAHAHA! *perasan jap~

Sweetmango said...

dh baca dh yang nie. abah print out aritue,, saya selamat.. tak guna langsung semua produk yang dinyatakan.. hihii

eton said...

humm.. so skg gadis2 semua pakai bedak sejuk je time mlm yea.. hehehe

deqlis said...

byk lagi dik yg ada racun..

yg ada bahan kimia penyebab penyakit2x tertentu spt sakit buah pinggang dan salur darah dll.. mula2x tak nampak kesan tp jangka masa pkg akan ada kesan..

bahan kimia ni klu dah masuk dlm darah..mmg bahaya..

so hati2x:-)

senyumSOYA said...

hehhe.tambah lagi kalau ada SLS pun bley menyebabkan skin irritation...

SLS tu benda yang buatkan produk diri tu berbuih2 cm sabun, pencuci muka..semua tu la..

saya bukan tomato said...

dats why tak suka pakai kosemtik..hehe :P

Amanie Khairunnisa said...

fuhhh memang saya tak pakai semua produk kat atas tu :|

Anis Azalea said...

elakkan yang ada paraben jugak. boleh dpt kanser kulit dlm jangka masa lama. Wallahu a'lam

Unknown said...

TQ FOR SHARING..TAK TAHU PON BENDA NI RACUN.NASIB BAIK TAK PERNAH GUNA

Unknown said...

huhu..sgt2 bahaya..nasib baik xder yg saye pakai..hehe

Solihin Zubir said...

pergh.. sib baek aku tak pakai mekap.. hahaha...

KAMIHIDUP said...

bahaya eh sekarang, pakai minyak gamat je senang, wahaaaa. :)

Kira Sakura said...

nasib baek aku nie jenis kedekut nak beli barang make up.. hahahaha

cik Anggur said...

seb bek tk pakai

nurmisnan said...

BML dah lama ada racun
dah ramai org Msia terkena...

nota
utk mengetahui product itu bagus
dan sesuai dgn kulit kita
dlm proses penggunaan product kulit muka
akan mengeluarkan jerawat kerana
kekotoran yg tersembunyi sblm ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat