Thursday, April 21, 2011

Harga Pasaran Emas Melonjak.

Baru-baru ini, harga emas di Malaysia meningkat naik. Tapi hari ini, Kosmo melaporkan bahawa harga Emas di Hong kong catat rekod tertinggi. Tahukah anda bahawa akan datang 1 zaman di mana umat akhir zaman akan menuju ke arah zaman di mana semuanya tidak bernilai untuk di dagangkan... maka siapa yang menyimpan emas & dinar adalah golongan yang terselamat.

Terdapat 1 hadis yg menyentuh mengenai Emas: -

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

dalam bahasa inggeris pulak..
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say:
"A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." 
(The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.

Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.

Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns

Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.

Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.

Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.

Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns.


SUMBER


Aku nasihatkan, semua Umat islam pergi la beli emas. Sekarang dah banyak org jual dinar emas. Aku penah beli emas di Maybank (Gold Savings Passbook). Aku beli bulan 2 tahun 2010. Masa tu harga baru 1gram Rm 125 (klo aku x silap la) Aku beli 6g. Pastu, aku nk guna duit tu beli motor, aku terpaksa jual.. dalam masa 3bulan sahaja, harga emas tu dah naik. Hasil jualan emas tu, aku dapat untung Rm 20-30. haa... sekarang g tengok harga emas hari ini bagi 1gram. Harga jualan hari ini mencecah RM 148.64 - 1gram.  Klik SINI

Jadi, kesimpulannya. jika anda ade duit, buat la pelaburan dengan bijak. ~ fikir2kan,

 Dinar Emas.

 
Public Gold.

psst/: Klo aku jual emas, ade tak orang nak beli?Modal paling busuk pon kene ade RM 20k... huh! mana nk cekau niiiii!!!

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

10 comments:

KAMIHIDUP said...

betul tu, setuju, emas memang baik tuk kita simpan, KAMI pun dah beli. :)

kasihibu said...

macam macam tanda ke akhir zaman kan?
dunia semakin tua.

Azreen Farhani binti Azman said...

abg saya nak kawin .

mas kawin pakai dinar mas la .

Kira Sakura said...

baju kurung warna emas t'masuk skali x? hahahaha

Unknown said...

emas ni pntgkan utk buat aset..

Farhana Jafri said...

woaahh nk pg beli la pas ni smntara duit tgh bnyak ni.. thanks sharing SJ!

jemput singgah ANASAURUS :)

Unknown said...

yeah memang untung org yg bele emas. huhuhu... beli la banyak2....
lepas ni ingat nk wat pinjaman, terus beli rumah n emas. cukup masa jual. huhuhu

Ain Zulaikha said...

nasib baik saya tak suka pakai emas, tapi ruginya tak de emas.. HAHAH!!

:.syUe.: said...

ni yang wat nk menambah2 koleksi emas eh?? berlumba2 ngan mak pulak nti,hehe :P

SNI said...

minat yg ni lg...hukhukhuk
http://sepatujeans.blogspot.com/2011/04/hmmmm.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat