Monday, April 4, 2011

Keperluan lebih penting daripada Kehendak. (ipad2 vs Donut)

update ~!!

Keperluan lebih penting daripada Kehendak. (ipad2 vs Donut)

 

Makanan adalah keperluan hidup kita, manakala teknologi adalah kehendak kita. Klo korang di beri pilihan, yang mana akan menjadi keutamaan? . Contohnya, jika  korang di beri ipad2 percuma dan Makanan asas bernilai hampir sama, yang mana akan menjadi pilihan hati? hm....

 

Agak sukar jugak kan.. klo aku, aku balun je 2, 2... hahahha...sebab aku perlukan keperluan dan jugak kehendak. Jika dalam keadaan te rdesak, mahupon darurat, mesti la aku akan pilih keperluan!! hahaa.....Sama jugak la orang kat London, depa sanggup beratur demi mendapatkan donut percuma!.

 

Klo aku, aku pon sanggup, percuma beb! hehehhe... tapi Bilangan yang beratur itu dua kali ganda lebih ramai daripada orang ramai yang beratur untuk membeli iPad  minggu lalu. Buktinya di bawah nih.

 


Buktinyaaa!!! 

CARDIFF, Wales - Lebih 1,000 orang beratur selama berjam-jam di luar kedai donut Krispy Kreme di sini hanya untuk menikmati donut percuma sempena pembukaan pertama cawangan kedai dari Amerika Syarikat itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak pengurusan kedai itu menyediakan 12,000 donut dalam tempoh 12 minit untuk memenuhi permintaan pelanggan baru-baru ini.

Bilangan yang beratur itu dua kali ganda lebih ramai daripada orang ramai yang beratur untuk membeli komputer iPad di bandar raya ini pada minggu lalu. - Agensi

KANAN: LEBIH 1,000 orang beratur di luar kedai donut Krispy Kreme di Cardiff, Wales baru-baru ini.KECIL: Bentuk donut Krispy Kreme. 

Keperluan lebih penting daripada Kehendak.. Anda setuju ke?...heee... sila lontarkan pendapat anda~

Related post :

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

tyka chou said...

kalau tyka, tyka pilih ipad! wlupn lom tentu tau ke x gune, tp baek amek ipad dr donut. sbb kalau donut nt makin tambah la lemak2 kt bdn ni..:))

bunga said...

memang keperluan lebih penting dari kehendak..haha..

azrinrahim said...

setuju2.. hehe tapi takkan lah disebabkan oleh donut pon nak beratur mxm tu..aish, macam tak boleh beli nanti..haha

.:padie_eyla:. said...

dahhhhhhhhhhhhhhhh. lapa donutttttttttttttt! big apple.! hha

CIK TOM said...

menda percuma mmg ramai yg suka..hehehe

azureEn said...

bile nak bagi percume kt mesia plak..?? confirm mlm tu sy tidow depan kedai! XD

khairunnisa ♥ said...

haha! teringat cerita CON AIR weyh SJ.. ada satu part tuhh..dobut jatuh atas jalan raya..

jom bersusun beli donut ^_^

SuHaiLy azMi said...

kalau saya...saya akan pilih donut daripada ipad...
sebab..saya suka makan donut...
hahahaha...

Republic Aku said...

kalau aku ipad,donut murah bila2 boleh beli,ipad bila ada jer boleh beli.

Fotografia Digital said...

Belissimo blog, bravo!!!

FaKArePa!n said...

makanan free.. sape x nak bro..

fRaMe+LenSeS said...

nak donut jugak. nak ipad jugak. hehe.. makan donut smbil tgu ipad leh tak? ;D

Solihin Zubir said...

sebab ipad bukan murah mcm donat.. x heran la.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat