Sunday, April 3, 2011

Rasuah : Duit kerajaan RM108b lesap

update ~!!

Rasuah : Duit kerajaan RM108b lesap

Fakta :  
  1. 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam ditahan.
  2. Terdiri daripada 53 lelaki dan 9 wanita berusia 24 hingga 56 tahun.
  3. Kehilangan hasil hampir RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.
  4. Melibatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
  5. Turut mengejutkan seorang Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam turut terlibat.
  6. Salah seorang Guru aku berhenti kerja kastam dan menceburi bidang perguruan. *xda kaitan*
hahahhaa...jgn marah...tetapi ambilah iktibar.. Ini baru yang terkantoi. yang lain2??? huhuhu....
Sama-samalah  kita hindarilah rasuah !!...


     Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

    Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.

“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.





GAMBAR barangan rampasan seperti rokok kretek dan mercun yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek di Pahang baru-baru ini.




"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

7 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

duit yang lesap, ade dengan yuyu.. heheh.. gurau ^^

khairunnisa ♥ said...

banyak betul lah duit hilang >.<

oshin said...

errrr.fine duit oshin pun dlm tu jugak . lesap lesap . Miiahahha

Awok's Kiter (SyaAz) said...

Sbb tu ISLAM MENGHARAMKN RASUAH...

bila jadi mcm ni menunjukkan yang kaya bertambah kaya yang miskin makin papa kedana. Duit yg ada duk cilok utk kepentingan sendiri, pastu mula la hasil utk negara xcukup, dikerahnya plak org2 biasa yg kat bwh2 ni melepek byr itu, ini, itu, ini...

Tu nilai yg kita tahu, yang kita xtahu? :)

putri noor syamimi said...

haha. mercun tu dah biase~ :P

angah said...

shah:mintak maaf naa nk bgtaw skit...kerajaan hanya nmpak pada owg len...pada brpa2 tahun lalu duit negara ilang tp bukn yg kastam punya keja....pm kita yg pak lah...sowi bukit xdpt nk tujuk kn...sebb benda nie sulit skit...kalu nk taw cita betoi masuk https://www.facebook.com/harakahdaily?ref=ts dlm cita semu nya ada bukti...

azureEn said...

ade jual lgi tak mercun tu..?? hahahaha

eh no 6 tu mmg nak kene sekeh. -.-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat