Thursday, April 7, 2011

Telur ayam pon ade tiruan ?

update ~!!

Telur ayam pon ade tiruan ? Aku nak kongsikan berita ni. wpon nmpk macam agak remeh, tapi ini soal makanan. Aku makan telur ayam, anda pon makan telur ayam kan. Namun, pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang  bahawa terdapat telur tiruan yang di ciptakan dari bahan kimia. Sampai macam tu sekali org nak kaut keuntungan. Mereka langsung tidak memikirkan kesihatan pembeli jika makan telur tiruan tersebut. 

Berhati2 jika anda membeli telur ayam. jangan beli yang tiruan. Aku org bujang, makan semuanya kat kedai makan, camne aku nak pastikan itu adalah telur tiruan? waaa......!!!... letih la camnih... kene cari telur ayam kampung la camtuhh!!!


GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.









SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.

Jadual kandungan telur tiruan
Composition
Usage
Side effects and harms
Glucolactone
Solidifier
Metabolism disorder
Benzoic acid
Preservative
Harmful to brain, nerve cell. May cause liver dieses, senile dementia.
Calcium Chloride
Egg Shell
May cause nerve, liver dieses. May affect ability to produce blood.
Cellulose
Additive
Metabolism disorder
Alum
Softener
May cause nerve, liver dieses. May affect ability to produce blood.
Amino Acid
Additive
Metabolism disorder
Food coloring
“Egg yolk” color
 
Sodium alginate
“Egg white” and “egg yolk”
 
Gelatin
“Egg white” and “egg yolk”
 


Gambar berkaitan

Isk3... camni pon boley buat je.. bijak x bertempat nih

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

9 comments:

Solihin Zubir said...

teloq hg tiruan ka original??
err.. mksud aku, telog ayam hg.. :D

KatekateKite said...

hurmmm...

camner nih???

camne nak sihat?

makanan banyak yang tiruan.

sedihlaaa...

ade jugak yg terfikir nak merekacipta bende2 macamnih, makanan dibuat mainan atau mainan dibuat makan.... =.='

Allah dah bagi masing masing ada kabijaksanaannya, tapi kita salahgunakannya..... =(

. said...

dahsyat2 . yup ! btol tu . genius tak bertempat !

Amira Atiya said...

okey menakutkan....

fRaMe+LenSeS said...

macam2 aihh.. takut plak..

Pakcu Sofi said...

aikkkkk..sama? haha

Annisa said...

thanks for peringatan.. puasa makan telur ayam ^_^ makan otot ayam ja..

Lady Rina said...

should be careful..skrg ni 'macam2 ada'...

CIK TOM said...

uiks dahsyat betul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat