Friday, April 8, 2011

Doktor beranak lapan jadi Model Tudung Fareeda 2011

update ~!!

Doktor beranak lapan jadi Model Tudung Fareeda 2011... aku tertarik dengan berita tersebut kerana aku penah terdengar "klo dah kawen, tanak anak banyak-banyak. Takut jadi tak cantik, x comey, x kiut..."  Rupa-rupanya berita ini telah membuktikan bahawa, "beranak banyak tidak bererti anda tidak lagi menawan."... Syabas buat Dr. Normazila Mohammad.



SEORANG doktor beranak lapan, Dr. Normazila Mohammad, 46 dan seorang pelajar Sarjana Sains dalam bidang Fisiologi Pokok, Suhaili Mohamad, 24, menjadi juara bagi kategori masing-masing dalam peraduan Pencarian Model Tudung Fareeda 2011.

Normazila yang bekerja sebagai doktor perubatan di sebuah hospital swasta di Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara terkejut dan tidak menyangka penyertaan sulung bagi bergelar model tudung membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai juara pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2011 kategori 40 tahun ke atas.
Katanya, semangat dan keyakinan suaminya yang merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan dan anak-anak berumur di antara tiga tahun dan 25 tahun memberi perangsang untuk dia menyertainya.

“Suami saya yang menjadi perunding imej bagi busana yang digayakan ini. Dia juga menjadi penyebab saya menyertai pertandingan ini.

“Saya masuk pertandingan ini bagi membuktikan usia bukan penghalang. Tidak sangka terpilih masuk ke peringkat akhir dan seterusnya menjuarai kategori wanita 40 tahun ke atas,” katanya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, lima helai tudung Fareeda bernilai RM1,000, baucar potongan 50 peratus bagi pembelian tudung Fareeda dan trofi.

Bercerita lanjut, Normazila mengakui pada Jun tahun lalu, dia mula terpaut pada corak dan rekaan tudung Fareeda ketika melihat tudung tersebut yang dipakai oleh guru sekolah anaknya yang juga pemenang tempat kedua Pencarian Model Tudung Fareeda 2010, Norlizawaty Baharin.



SUHAILI (kiri) dan Normazila yang menjadi juara kategorimasing-masing membawa pulang wang tunai, tudung, baucar dan trofi.


Dapatkan Jubah Muslimah Untuk Hari Raya..  DISINI

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

15 comments:

Unknown said...

huhu mcm2 hal

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bagusnya siap ada penaja lagi tu SJ

=P

Peguam Bisaya said...

cun2 belake sume hehehehehe

mizayusof said...

TAHNIAH :)
cun melecun :)

Ummi Hanie said...

impressed .... :)

CIK TOM said...

wah cunnya..xnmpk cam ibu anak 8...
tahniah kat SJ...ada nak taja blog tue..tanda kepercayaan ;)

naulofah said...

waa...bgus2..mama ufah pun nak anak ramai jugee...heeee =P

nora amila ghazali said...

waaaaaa terbaiklah sj blog ada org nak taja.. fuiiiyooo..

KAMIHIDUP said...

beranak lapan to. kagum2. :)

Anati Soki said...

murah rezeki dia ni.. :)

Honey Bhulat said...

wow..byk nyew ank di..eh silap..ramai nyew ank dia...untung la..murah rezeki..rezeki anak..n rezeki utk anak2..

Unknown said...

peeh@@@@
kagumnya...
tahniah utk beliau..

Ahmad Mustaqim said...

saje nak menyibuk~~..hehe

Fasihah Supian said...

hahah speechless

cik azeya said...

beranak 8 tuh. abes kalau yang belum beranak macam mane?

-_-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat