Sunday, May 29, 2011

Barca vs Man. U. UEFA 2011 - Penganjur untung berjuta-juta


Champions League 2011 : Barcelona vs Manchester United berlansung awal pagi semalam. Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh para peminat bola sepak termasuk peminat dari negara kita. 

Yang pastinya, kemenangan berpihak kepada Barcelona dengan jaringan 3-1. Gol  pertama Barcelona di jaringkan oleh Pedro pada minit yang ke-27, Messi minit ke-54, dan David villa minit ke-70. Manakala gol Man. United di jaringkan oleh Rooney pada minit ke-34. Untuk kawalan bola, Barcelona 63% - Man.United 33%.  So, memang layak la barcelona menang.

Nak tengok highlight perlawanan? klik SINI

Final Liga Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona awal pagi tadi akan menghasilkan keuntungan 369 juta euro (RM1.6 billion) terhadap ekonomi Eropah. Kajian MasterCard menunjukkan juara akan menerima kira-kira 126 juta euro (RM545 juta), hasil daripada ‘hadiah kemenangan, peningkatan nilai pasukan terbabit, hak penyiaran televisyen dan media yang meningkat serta peningkatan ekuiti penjenamaan’.

Pasukan yang kalah pula menerima 73 juta euro (RM315.7 juta) manakala tuan rumah, London akan menerima faedah ekonomi 52 juta euro (RM225 juta) ketika peminat membelanjakan wang di bar, hotel dan di Stadium Wembley yang menjadi gelanggang final perlawanan itu.

Ekonomi Eropah juga meraih 100 juta euro (RM432.6 juta) dan bandar raya kelab yang muncul juara akan menerima 18 juta euro (RM77.8 juta) hasil perbelanjaan pengguna dan pelancongan.

Jumlah keuntungan 369 juta euro (RM1.6 bilion) itu menyaksikan peningkatan lima peratus daripada final 2010 yang menyaksikan Inter Milan menewaskan Bayern Munich.

“Manchester United FC menentang FC Barcelona adalah final impian menjadi idaman setiap peminat bola sepak. Tapi juara kelab Inggeris dan Sepanyol itu juga adalah dua kelab paling berjaya di luar padang,” kata penulis yang membuat kajian itu, Simon Chadwick.


“Mereka akan mengaut keuntungan kira-kira 200 juta euro (RM865.2 juta) sekali gus menjadikan final itu sebagai perlawanan akhir paling lumayan dalam sejarah bola sepak Eropah,” katanya yang juga Pengarah Pusat Perniagaan Sukan Antarabangsa di Universiti Coventry, di tengah England. - HMetro.

*Kepada fans Man. U --> cuba lagi tahun depan. hehehe... jgn marah2... relek sudah. hehehhehe... huhuhuhu... lalalallaa

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

10 comments:

Sabahan Bloggers Club said...

Tahnaiah kepada Barca.
Memang ketika ini doranglah team terbaik dunia....

ummu said...

assalamualaikum shahjiehan
tqvm sudi datang ke blog wordpress saya

cik azeya said...

lelaki kalau cerita pasal bola, complete. ^^

tapi saye tetap tidak paham. kasihan kan. yang saye tahu MU kalah. -_-

liyana said...

congratez to barca..huhu

akubiomed said...

Viva Barca. MU terpaksa melupakan hasrat untuk juara berganda 2011

Unknown said...

tahniah kepada Barcelona.......

Esempoi said...

ngantuk aku tengok match tu
lama tak stay up malam2

scya lollita said...

tahniah pade yg mng lah -.-

x pernah tgk bola :P

beritacikgu said...

aisehh..mu kalah la pulaaakkkk..habis kene bambu kat sekolah. haha..

tshirt koyak said...

oh sgt lumayan..hahaha,gua xtau pun bnda2 cmni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat