Monday, May 23, 2011

Review Pirates of The Caribbean 4 VS Nur Kasih The Movie.


Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides

  1. Genre:Adventure/ ComedyRelease Date : May 19, 2011 
  2. Director : Rob Marshall.
  3. Script : Ted Elliott, Terry Rossio, Tim Powers 
  4. Producer : Jerry Bruckheimer.
  5. Distributor : Walt Disney Picture 
  6. Duration : 2h20m.
  7. Budget : US$200 million.      

Berikut adalah sinopsis filem Pirate of the Caribbean (POTC) : On Stranger Tide (2011)

POTC : On Stanger Tides mengisahkan bagaimana Kapten Jack Sparrow (Jonny Depp) dipaksa oleh kerajaan British untuk mencari Fountain of Youth, sebuah telaga yang boleh mengembalikan keremajaan seseorang sekiranya minum air dari telaga itu.

Walaupun berjaya melarikan diri, Sparrow sekali lagi terperangkap apabila dia diperdaya oleh Angelica (Penelope Cruz) , kekasih lamanya yang juga anak kepada Blackbeard (Ian Macshane) .
Untuk bertahan, Sparrow perlu turut serta dalam pelayaran mencari telaga sakti itu kerana Angelica dan bapanya percaya ramalan takdir yang kononnya Blackbeard bakal menemui ajal di tangan lelaki berkaki satu.
Untuk mengelakkan kematian, Blackbeard mahu mendapatkan air telaga tersebut untuk diminum.

Selain berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran, mereka juga perlu bersaing dengan tentera kerajaan Britisih dan Sepanyol.

 
 

Nur Kasih The Movie.

  1. Release date : 19 May 2011 (Malaysia).
  2. Director : Kabir Bhatia.
  3. Starring : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah.
  4. Language : Malay.
  5. Genre : Romance/Drama.
Nur Kasih The Movie (NKTM) adalah lanjutan dari kisah drama bersiri Nur Kasih. Jika nak tgk  Nur Kasih The Movie (NKTM) ni anda kene tgk dulu Drama tersebut. Kisah ini memaparkan kehidupan sebuah keluarga yang penuh dengan nilai-nilai keislaman. Di selitkan nilai cinta seorang suami kepada isterinya (Adam dan Nur amina, Aidil dan isterinya), cinta seorang ibu terhadap anaknya (emak Adam dan Aidil) , cinta seorang ayah terhadap anak-anaknya (Aidil dan anaknya Miasara dan ilyass)  serta kasih seorang abang terhadap adiknya(Adam dan aidil).

Nur Kasih The Movie (NKTM) banyak menggunakan teknik imbas kembali. Di mana permulaan ceritanya di mulakan dengan babak yang mencemaskan.* bunyi letupan kuat di kawasan padang pasir*. Membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa meletup? apa yg menyebabkan letupan tuh?  

Di pertengahan cerita memaparkan kemuncak cinta Adam dan Nur Amina (Nur). Mereka sangat bahagia kerana Nur di sahkan mengandung. Malangnya dia keguguran. Hal ini menyebabkan Adam dan Nur sangat sedih dan hiba lalu Adam membawa Nur pergi bercuti di Jordan. Ketika di sana, mereka di uji dgn pelbagai dugaan. Sehingggakan kereta api yg mereka naik berlanggar dengan Lori minyak. * tu yang meletup di awal penceritaan. 

Adam sangkakan Nur mati, lantas dia berdoa, Ya Allah, ujianMu sangat berat, Engkau uji lah diriku, ambil lah apa yg aku ada, tetapi Selamatkanlah isteriku " *mcm tu la lebih kurang ..
Alhamdulillah 2-2 selamat dan pulang ke hotel. Sampai kat hotel, baru Adam perasan cincin perkahwinan Nur hilang. Jadi Adam g balik kat tempat letupan untuk cari cincin tu.  Part paling menyedihkan bila di Adam dalam keadaan nazak di pangkuan Ibunya. Memang sangat sayu ....tapi aku x nangis la... hahaha .

Pengarah cuba untuk memendekkan cerita, dari muda hinggakan mereka tua. Bosan jgak la, sebab die cite sikit-sikit.. Jalan cerita yang masih kabur, sangat ringkas cuma aku suka cite ni sebab die terapkan nilai2 murni dlm beberapa babak… die tunjuk 1 family solat, sume baju putih-sejuk mata tgk. Si suami mengerakkan isteri, bgun solat tahajut sama2… sweetkan..

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

7 comments:

Anonymous said...

buat review pasal KL gangster pulak . hehehehe >,<

KAMIHIDUP said...

:) sj, KAMI tak tengok lagi dua-dua.

Annisa said...

dah tgk pirate,
tp belum tgk nur kasih lg
^_^
then, curious dgn cerita
"Insidious" ;)

Kaki Wayang said...

Dah tgok dah..kdua2nya best!!!!!!!

cik azeya said...

baru tengok nur kasih. tapi....

rasa macam nak nangis sebab mmbazir duit seploh ringgit. hehehe

Amanie Ashraff said...

cerita peret tu dah takde william dgn elizabeth ek :)

Kaki Wayang said...

Aah..will and elizabeth will never return on POTC..even the potc got more sequel after this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat