Monday, June 27, 2011

Ulangtahun hari lahir : Moga di sihat tubuh badan.



Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik... dah nak masuk 22 tahun... Terasa kejap sangat masa berlalu. Aku dapat jangkakan, Facebook aku nanti akan penuh dengan notification org wish besday.. Antara ucapan yang bakal aku terima, "MOGA DI PANJANGKAN UMUR........." 

Di kiaskan kepada ini, maka ayat seperti "semoga di PANJANG UMUR......" adalah AMAT KURANG SESUAI digunakan oleh kita yang mengaku sebagai HAMBA ALLAH kerana kita tahu bahawa AJAL itu terletak pada ketentuan ALLAH jua.

SOALAN yang perlu kita jawab. MENGAPA kita mohon untuk si pulan bin si pulan (atau kita) PANJANG UMUR (sewaktu berdoa)??? ATAS KEPENTINGAN APA untuk kita menuntut agar PANJANG UMUR???

Maka, sebenarnya kita salah untuk kita berdoa kepada ALLAH, tetapi perlulah kita menjaga ADAB BERDOA dan menjaga tutur kata setiap apa yang keluar daripada MULUT ini. Adalah lebih elok sekiranya kita menggantikan PANJANG UMUR dengan "SEMOGA DIBERI KESIHATAN TUBUH BADAN". 


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Aku nak ucapkan terima kasih kepada MAMA n BABA aku, yang banyak menjaga aku dari kecik hingga dah besar panjang ni. Doakan anakmu ini berjaya di Dunia dan akhirat. Kepada adik-beradik aku, balik la rumah, celebrate besday sama2.. rindu kome...Doakan aku menjadi seorang engineer~

Kek majlis perpisahan...T_T.... kek utk aku xde ke??? nk chocolate indulgence!

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

sayangsayangibu said...

selamat hari lahir semoga mendapat keberkatan dalam apa juga yang di lakukan

22 tahun
muda lagi tu(,")

MEKAR said...

Tahniah, selamat hari Jadi. Semoga murah rezeki & sihat tubuh badan :-)

syud said...

eh..ler muda lagi rupanyaaa.. baru 22.. oo..hahha..happy birthday yerr..

semoga imurahkan rezeki selalu..and keep on blogging ! :-)

A i n n u r A f i f f a h said...

confident je nanti penuh notification org wish besday die..

werkkk.. haha..

tanokkkk lah wish.. :P

Sunah Sakura said...

aha, betul tu... patut didoakan agar lebih bertambah iman dan amal seiring dengan umur yang semakin bertambah.. da doakan shah awal2 ni...ameen...

albanaT said...

sanah helwah ya gamil! kullu sanah wa enta bilkhair. moga sntsa dlm redha Allah...

Muslimah Optimis said...

selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 22.. semoga dalam lindungan Allah selalu.. ameen

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik,

Sanah helwah! terus qawi dan thabat dijln ini,insha-Allah :) yg ke-22 ya..kena pggl abg lah ni..hehe

Solihin Zubir said...

xpa kot ckp mcm tu..
xpa.. aku oter skit..
smoga dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan agar dpt memperbanyakkan amal ibadat..
aminn..

naulofah said...

selamat ulangtahun..kalu semua orang dah doakan panjang umur and sume2..mama ufah nak doakan SJ supaya cepat kawen..=P

mama ufah tak suka diingati ketika hari lahirnya...tapi sgt gembira dan bertuah jika ramai yang mengingati mama ufah ketika hari matinya..=D

selamat hari lahir..semoga segala doamu dimakbulkan allah..=)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

oh..yg ke 22 ke..hepy bezday..may Allah bless n grant u with lots of happiness..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat