Monday, July 4, 2011

Sungai Klah Hot Springs park, Sungkai.


Peta ke Hot Spring Sungai Klah, Sungkai.

Siapa tahu ada Hot Spring Sungai Klah, Sungkai ? Aku tahu tentang Hot Spring Sungai Klah, bila ade 1 rancangan jalan-jalan kat TV1. Dah lama dah, memang aku teringin sangat nak pergi tempat tu. Haha.. Duduk je kat Perak, tapi nak jalan-jalan pusing Perak ni pon tak habis lagi. Tiba-tiba member sekolah aku ajak pergi tempat menarik sekitar Perak. Lantas aku membawa mereka ke Hot Spring Sungai Klah, Sungkai.

Aku pergi ke sana ikut jalan lama. Ipoh-Gopeng-Kampar-Tapah-Sungkai. memang layan. Cumanya jalan yang tidak rata yang menbuatkan aku berasa kurang selesa. Bertampal-tampal macam budak sekolah rendah buat kerja gunting dan tampal. Klo pengunjung asing datang sini, memang menjatuhkan imej negara kita. *JKR Perak sila ambil perhatian..

Klo korang nak pergi ikot jalan highway pon boleh, Exit Sungkai dan masuk kiri. *Ade signboard besar Sungai Klah Hot Springs 2KM. Jadi tak perlu risau kesesatan di kawasan kampung tersebut. 

Semangat kawan2 aku pergi ke sana. Namun, kesemangatan tersebut di sentap dengan pembayaran tiket masuk sebanyak RM10 untuk Dewasa. Mahal sangat ke? Bagi aku Not Bad la. Berbaloi la dengan bayaran yang macam tu. Sungai Klah Hot Springs park ni aku rasa lebih seronok dari Taman tema bukit merah. Hahaha..



Di kaunter tiket, akak tu cakap Sungai Klah Hot Springs park ini tutup jam 9.00 malam. Lepas tu die bagi gelang tangan satu sorang. Masuk kat dalam Sungai Klah Hot Springs park tu, pusing-pusing tempat tu dulu. Ambil gambar macam2 style. baru la p tukar baju mandi. Yeah!!! sonok2... nak main air....! yahoo......!

 Terjun!!

Terdapat 3 utama di Sungai Klah Hot Springs park,
  • 1 kolam air biasa, kedalaman 4.5 kaki (utk org dewasa). 
  • 1 kolam untuk kanak-kanak, kedalaman di bawah paras peha aku (utk kanak-kanak dan awek2).
  • 1 kolam lagi kolam paras peha aku jugak, tetapi airnya panas. Suam-suam panas ..  Aku tak sure suhu dia berapa, tetapi mengikot suhu termometer di situ, 135*Fahrenheit. Jika di tukar kepada celsius lebih kurang 50 *C..

Kolam air panas.

Sungai Klah Hot Springs park ni ade jugak tempat untuk korang merebus telur ayam. Telur ayam boleh di beli di dalam kawasan tersebut, 5 biji Rm2.00. hahahha.. Boleh la korang merasai merebus telur ayam. Boleh jadikan pengalaman, dan ceritakan pengalaman tersebut kepada anak-anak korang nanti. Hahahha..

trek refleksi.

Berendam di kolam air panas ini sangat elok untuk kulit dan perjalanan darah di dalam badan. Kat sini ade tempat refleksi. Trek refleksi yang di perbuat dari batu-batu sungai, dan di alirkan air panas ke kawasan trek, jadi, batu tersebut akan menjadi panas-panas suam. Klo nak bawak family datang sini, memang sangat sesuai!!....Ake resort@hotel utk pengunjung yang datang dari jauh... klik HOTEL & SPA

Banyak sangat gambar yang aku tangkap, nak di siarkan takut korang jeles pulak.. Anyway, tempat tu sangat menarik. Aku suka pergi tempat tu, next time, aku nak pergi dengan Family aku pula!!!.... Ade sapa-sapa yang nak join aku nanti ke??? this Hot Spring Sungai Klah best brrooooo!!

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

9 comments:

Kira Sakura said...

ramai kta best... tapi ade yg kte ble masuk nie nanti dapat penyakit sbb dah bercampur dengan kuman-kuman org rawat sakit depa kt situ T.T

NadiRah said...

nad org tg malim...
stgh jam nk ke sane..
best dr b.merah ek?
nad x pnh pergi b.merah..huhu

Ain said...

serius. mmg best. dah selalu pegi. sebab felda sg.klah tu kg ain. hehee.

KAMIHIDUP said...

siap terjun, tak panas ke?

Unknown said...

jauh menyimpang tekaan aku..hahah

a letter for you
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/dear-wenger.html

Amanie Khairunnisa said...

haha hot spring ke ? silap la tekaan saya sebelum ni. ingat kat gambang

nabByla said...

dah lama x pg sini... huu..
bila jew nak g lagi?

Puan Eka said...

eka yg duduk dkat tg malim ni pun baru skali g..hihihi

tapi mmmg best..telor dia takde bau.mungkin sebab natural kan air panas dia..bawak kicap,sos,lada sulah...hehehe

teDD said...

pegi tak ajak..xpe sj!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat