Sunday, July 31, 2011

Hukum bertunang dan hikmahnya.


Antara hikmah bertunang adalah :-

 a.  Bolehkan pasangan yang
bertunang itu mengenali diantara satu sama lain.
 b.  Merupakan cara untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing.

 c.  Mencari titik-titik persefahaman antara pasangan.

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-
  • Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

  • Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

  • Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
  1.  Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2.  Haram ber”dating” tanpa disertai mahram.
  3.  Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

BOLEH bernikah tanpa bertunang. Persoalannya, mana mungkin seseorang itu boleh terus berkahwin dengan seseorang wanita tanpa bertanyakan samada wanita tersebut ingin bernikah dengannya?

Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin. [Sumber]



Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-



وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Baru-baru ini, Khairul fahmi dengan tunangnya di katakan telah berpisah (putus tunang). Mungkin mereka dapat merasakan ketidakserasian dalam hubungan mereka. Aku tak nak komen banyak2 tentang putus tunang nih. |Salam ramadan |


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

5 comments:

Cik Wedges said...

satu perkongsian yang menarik... :) Salam Ramadhan

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

ermm..bau nasi minyak makin menusuk hidung nih..hehehe..

semoga dipertemukan dgn jodoh baik2..

fRaMe+LenSeS said...

ehem3... ada dah tu.. ta sabar tunggu SJ ni.. :P

Unknown said...

erm tula


bagus entry ni


da kwen hebahkn la ye sj

amna said...

nice info ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat