MLX01
1. MLX01 (581 km/j)
Kereta api terpantas di dunia menggunakan teknologi Magnetically Levitated (MAGLEV), sering juga disebut kereta api magnet. MLX01 merupakan sebahagian daripada projek Maglev Chuo Shinkansen Line di Jepun. Projek ini adalah untuk memastikan kereta maglev dapat beroperasi dengan sempurna. Secara teori, kereta ini mampu mencecah 310.7 mph (500 km/h).
Pada tahun 2003, di landasan Yamanashi sepanjang 42 kilometer, kereta api itu stabil pada kelajuan ideal 500 km/j walaupun ia diuji berjaya mencapai 581km/j. Kelajuan ideal bagi kebanyakan tren laju yang membawa penumpang pada hari ini ialah 300km/j sahaja.
Tren konvensional paling laju setakat ini ialah TGV milik Perancis dengan rekod kelajuan 574km/j.
Purata kelajuan Kereta api Dunia
Perancis, Jepun dan China memang sudah lama terkenal dengan teknologi tren laju. Secara purata tren laju di seluruh dunia beroperasi pada kelajuan 275km/j.
Terkini di dunia.
Perkhidmatan lereta api ekspress ini melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j). Perjalanan dari Shanghai ke Beijing yang jaraknya sejauh 1,318 kilometer boleh sampai ke destinasi tidak sampai lima jam. Sebelum ini, perjalanan dari Beijing ke Shanghai bukan sahaja berbahaya malah memerlukan masa sehingga tiga minggu. Kereta api biasa mengambil masa 10 jam tetapi tren laju hanya mengambil masa selama empat jam 48 minit.
China memiliki rangkaian tren laju paling komprehensif dan terbesar di dunia.
Di Malaysia.
ETS (electric train services) sedang beroperasi dari Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh. Secara teori, kelajuan maximum ETS adalah 160km/j. Kelajuan operasi boleh mencecah 140 km/j.
ERL (Express Rail Link) beroperasi dari Kuala Lumpur-KLIA. Secara teorinya, kelajuan maximum ERL adalah 176 km/j. Kelajuan operasi boleh mencecah 160 km/j.
Hakikat kereta api
Kedua-dua kereta api adalah yang terpantas di Malaysia. Syabas! tetapi aku paling tidak puas hati dengan perkhidmatan Kereta api Komuter, sangat lembab, tidak mampu menampung penumpang yang ramai, sering terlewat dari masa yang di tetapkan. penyaman udara yang sering rosak dan terlalu ramai pendatang tanpa izin!!! tolong la buat perubahan KTM!!! plisss la....
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
5 comments:
wahh..canggih..
setuju pasal komuter tu. especially waktu kemuncak time org balik kerja mmg padat sesangat.
tp, bersyukur sbb ada space tuk ladies je..rasa secure la sikit..
assalam :)
laju betul ktpi tu. mencecah 500km/h ?? klau mcm tu laju, tak sempat la nak singgah penglihatan pada pemandangan sekeliling ^^''
p/s : kekurangan yang berlaku pada sistem KTM memang telah lama berlanjutan, namun perubahannya tidak dapat dirasai hingga kini :(
tunggu malaysia akan keluar 1 jenis cm nie gak...ahahhah under gamuda..:D
canggih. hmm, perlu ada perubahan on ktm :)
huhuhuhu gilos laju . ><
KTM pon oke ape cuma tak thn bau ketiak manusia . haha
Post a Comment