Saturday, July 30, 2011

Maksud Bertunang dan meminang


Sekadar gambar hiasan-ihsan google

Tahniah kepada si beliau kerana telah berjaya di risik dan bertunang. Aku doakan semoga mereka berbahagia dan berjaya mendirikan rumahtangga yang sempurna. Aku tak de la keciwa sangat kerana beliau di temukan dengan orang yang sekufu dengan pasangannya. Memang padan pon, bagai pinang di belah dia. bagai pipit dengan enggang. bagai isi dengan kuku. hahaha.. sori la klo salah peribahasa. *tlg tgur yea.

Risik-merisik
Keluarga di pihak lelaki, akan menghantar wakil (biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara tersebut). Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. 

Tujuannya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan. 
 
Meminang.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu,dua minggu, dan ikot suka pihak lelaki untuk menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. 

Konsep Menghantar Tanda bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. 

Berbalas hantaran.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan.

Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih. 

Jika TERputus tunang.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya. Sekarang ni klo putus org akan saman berjuta2..

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu : 

•  Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin. 

•  Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.[Sumber]

Doakan aku ditemukan dengan calon yang sesuai dengan aku ni. heeee :).. *padahal kursus kawen pon x pegi lagi. Jika mana2 tempat ade menyediakan kursus kawen yang murah2, tlg inform aku ye... :)

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

Nazihah@Jiha said...

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak akh ^_^

moga dipertemukan jodoh yang solehah,inshaAllah ^_~

cucu umie said...

thnkx for the info bro..incya-Allah nty jumpa lh tu jodoh..btw, incya-Allah ayie blik upsi nty nk pi kursus kahwin walopon lambt lagi nk nikah..haha

lavenderlover said...

insyaAllah..jodoh semua org kan di tanganNya..doala slalu..=)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

wah..shah..mcm dh dekat je tu..ada bau nasi minyak nie..hehe..

Amanie Ashraff said...

ohh kenapa letak gambar ashraf muslim. sob3x.

hehe hari tu kat pekan, phg ade murah rm40 je. siap masuk malaysia book of records lagi :)

hamzah ian said...

nak kahwin ka? hehe

Citarasa Rinduan said...

ingatkan shah yang nak bertunang..
lallalal..
selamat menjalani ibadat puasa ya dik

~~zAnAfAhMi~~ said...

oh..patut ler terbau nasi minyak, nasi beriyani, nasi lemak...ops..

Solihin Zubir said...

aik.. xkn x jumpa lagi calon? bkn ang playboy ka? haha..

aku pun x amek lg kursus kawen ni.. tp gedik nk kawen dh.. haha..

Halusinasi said...

semoga kamu dapat dipertemukan dgn zaujahmu^^

senyumSOYA said...

salam ramadhan~

hohoho..kursus kawen skang dah mahal.. semoga dipertemukan yang terbaik...insyaALLAH~^^~

cikdekja said...

bagai pipit dgn enggang tuh bukankah maksudnya tak sepadan? err. ke aku yg silap. :D

siapakah beliau itu weh? apapun tahniah dari aku jugak. insyaAllah, giliran ang plak lepas nih. :P

Eri-chan said...

wah SJ, akak pun belum pergi kursus kawen lagi...masa kat uni tak mahu ambik..katanya blm jumpa partner...heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat