Friday, July 29, 2011

Undang-undang Syariah di Britain



Golongan pendakwah Islam telah melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.


Ayat yang terpampang di salah satu poster adalah "Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan ".

Poster tersebutberwarna kuning terang itu turut memaparkan amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah. Kebanyakan poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu. Malah merek memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon berkenaan. Mereka juga memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain. 

Walaubagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. - Kosmo.

Apa yang aku ingin ketengahkan adalah keberanian mereka untuk menegakkan undang-undang Syariah di Britain. Malah aku dapat merasakan umat islam di sana semakin ramai. Malangnya, pihak berkuasa tempatan tidak menyokong untuk menegakkan Undang-undang tersebut. Tetapi apa yang telah di usahakan mereka telah mendapat perhatian Dunia. Aku rasa, perkara seperti ini memang sudah boleh di laksanakan di Malaysia sejak kemerdekaan negara kita. Kerana kita adalah negara yang mengamalkan ajaran Islam dan mempunyai pemimpin-pemimpin islam. * elok sama-sama kita fikir2kan...

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

8 comments:

muhammad fakhruddin said...

Di Britain,hak kebebasan bersuara dijamin walaupun ada kawalan. Sebagai contoh, demonstrasi aman boleh diadakan tanpa memerlukan FRU bertindak menyembur air dan gas pemedih mata.Aman sekiranya semua pihak bekerjasama.

Bahkan, semakin banyak gereka dijadikan masjid di bumi Mat Saleh itu.

Farhana Jafri said...

bgusnya di britain even queen elizabeth kuat dgn freemason tp lgsg xd msalah mcm kat malaysia ni.. nme je ngara islam tp bila org wt ceramah agama lbih sikit mule la kne tgkap msuk jail.. ntah pape ntah

Nazihah@Jiha said...

Alhamdulillah,ada juga yg buat begitu..malaysia bila lagi..kalau bukan cara begitu pun..mungkin ada cara lain...

berani kerana Allah.

nurniyusoff said...

"the ones that love us, never really leave us " ..agree

amna said...

alhamdulillah..
teruja dengan kekuasaan-Nya ^^

Innanie | Ariffin said...

alangkah bagusnya kalau kita seperti mereka. kan... undang2 syariah boleh menjamin hidup kita. mengikut Al-quran dan sunnah

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum, pakai t-shirt kuning pun haram inikan pulak nak buta undang2 shariah...adei! Semoga islam berkembang dan kukuh di seluruh dunia. Amin!

visitme@FaTiN cOrNeR said...

alhamdulillah..negara bkn islam sendiri berani nak tegakkkn islam..

nmpaknya islam makin berkembang..

scotland Yard tu nmpaknya gentar dgn perkembangn islam sbb tu nk buat operasi tngglkn poster2 tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat