Thursday, July 28, 2011

Malaysia tidak akan menyerah dengan mudah!!





Puluhan ribu datang ke Stadium
Malam ini 8.45pm adalah malam penentuan untuk Malaysia layak ke pusingan seterusnya untuk kelayakan piala dunia 2014. Berbekalkan 3 gol di tempat lawan, itu yang menjadi pembakar semangat buat pasukan bola sepak Malaysia.  Walaupon dengan jurang jaringan 2 gol, itu bukan penghalang untuk kita menang malam ini. Malahan dengan sokongan puluhan ribu rakyat Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini, bakal memberi tekanan pada pihak Singapura. 

Safee bakal Kapten.
Ketiadaan Safiq Rahim yang mengutip kad merah di Singapura sabtu lalu mungkin mencacatkan sedikit corak permainan. Namun begitu, beliau yang di tugaskan menjadi kapten pasukan tidak perlu risau. Hal ini kerana tugas kapten pasukan bakal di berikan kepada Safee Sali. Safee Sali adalah penyerang yang sangat mantap. 

Singapura Bermain kotor.
Mengikut pemerhatian aku, beliau memang mempunyai bakat dan pengalaman sebagai seorang penyerang. Kehadiran beliau di atas padang mengerunkan pertahanan lawan. Susuk tubuh yang tegap, tendangan yang padu serta larian yang pantas membolehkan beliau mengegar jaring. Disebabkan itu, pemain Singapura beberapa kali cuba untuk mencederakan beliau. Tapi beliau masih kental untuk mengempur pihak lawan.  

Perkemaskan Pertahanan.
Pertahanan Malaysia perlu lebih berhati-hati. Sebab aku tengok pada perlawanan lepas, pertahanan terlalu longgar. Malah penjaga gol juga selalu lambat untuk bertindak. Kawalan ketat perlu diberikan kepada penyerang Singapura. Tambahan pula penyerang mereka sangat laju dan tegap.

Berlagak.
Singapura terlalu yakin untuk mengalahkan Malaysia. Mereka menyatakan bahawa bermain di padang rumput sebenar bukan kelebihan buat Malaysia. Mereka sudah cukup bersedia untuk melancarkan serangan ke kubu Malaysia. Tapi aku suka penjaga gol Singapura kerana beliau menutup aurat. :p!


Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Malaysia. Aku mungkin tak dapat melihat perlawanan secara live di stadium mahupon di kaca TV. GEram!!! apsal la nak buat meeting haaaaa !?!! aku nak tengok bola!! plissss... huhuhuhuhuhu :(

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

5 comments:

Ezad Skytech said...

harap2 Harimau Malaya boleh menggegar Stadium Bukit Jalil malam ni...Go Malaysia !! (^^,)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

tak sabar nak tggu perlawanan malam ni... standby coklat, keropok..nak mengunyah.. pastu simpan suara nak menjerit GOL depan tv...hehhee

saiazuan said...

go malaysia go!!!

Anonymous said...

kejor yoep kejor

amna said...

keep on going!
kekalahan bukan bermakna gagal untuk selamanya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat