Friday, July 8, 2011

Profile Imam Muda Hassan :Juara Imam Muda 2.

Nama sebenar Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26. Kini Di kenali sebagai Imam Muda Hassan. Beliau seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). 

Beliau dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Kini beliau menjadi Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. 

Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.Mempunyai banyak pengalaman membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Juara Imam Muda 2 mendapat tajaan penuh biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah oleh Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta Proton Exora tajaan Proton Edar, pakej haji dan umrah tajaan Salamfone, wang tunai sebanyak RM30,000 berserta iPad tajaan Astro, wang tunai sebanyak RM25,000 berserta telefon bimbit tajaan Bank Islam, baucar perabot Jati bernilai RM15,000 oleh Jatimas, sebuah Macbook tajaan Infotech Quest Sdn. Bhd., pakej percutian ke Vietnam tajaan Hiraq Marketing, sebuah kamera digital tajaan Brother In Racing dan sebuah trofi serta dua sijil penghargaan dan pentauliahan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Imam Muda Hassan sentiasa senyum..

Bila agaknya aku nak jadi imam muda? teringin jugak. tapi background aku xde la sampai sekolah agama dan segala bagai... huhu... x pe la, aku jadi imam kepada isteri dan anak-anak aku nanti je la... heeee >_<... -Imam Muda Shah Jihan- keh3...


"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

8 comments:

mOon jOhari said...

...sejuk je tengOk IM Hassan nih...

Adzriel AB said...

imam juga tu... he..he..

cikdekja said...

hehe. pensyarah kolej teman tuh. untung ler. hehe.

Rozuan Ismail said...

wah,jadi imam untuk anak dan isteri pon dah mencukupi. tahniah buat imam muda hassan.memang dia layak untuk terima gelaran itu

mazNi mAz said...

hEbat Imam nih,,..

xpEw,,..sj powN bLh jd Imam jGk ape,,..InsyaALLAH,,,~~

naulofah said...

setiap lelaki harus mmpu menjadi imam kepada keluarga..dan itu lebih banyak pahala dan dipandang mulia di sisi allah...=D

Raden said...

owh yes! nk ngorat die la...pnsyarah kay uia eh? canteekkk...aku pon nk msuk uia nie!! owhyeah!

Nazihah@Jiha said...

Imam Shah Jihan..semoga berjaya hehe =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat