Adakah benar2 wujud zombi ni? sampaikan Majlis Perbandaran Bristol di Britain mengeluarkan garis panduan bagi menangani serangan zombi, lapor sebuah akhbar semalam.
Garis panduan itu menunjukkan cara terbaik untuk membunuh zombi iaitu mayat yang kembali hidup dan memburu manusia untuk memakan daging mereka.Majlis Perbandaran Bristol mengeluarkan garis panduan itu sebagai reaksi terhadap permintaan kebebasan maklumat.
Rupa-rupanya, garis panduan ini dikeluarkan selepas seorang penduduk meminta maklumat apa yang perlu dilakukan jika zombi membuat serangan.Garis panduan itu memberikan maklumat mengenai penduduk boleh menggunakan senjata api seperti senjata renjatan elektrik, gari dan memakai pakaian perlindungan untuk membunuh zombi.
Menurut garis panduan tersebut, zombi itu boleh dibunuh dengan melakukan satu pukulan kuat di bahagian kepala atau memutuskan kepala mayat hidup itu. Bagi mengelak berlaku panik, berita akan disiarkan mengenai perkembangan serangan zombi. Garis panduan itu melibatkan bandar Whitchurch Park, Shirehampton dan Totterdown di dalam kawasan perbandaran Bristol. - KOSMO-
Zombi kampung pisang aku tau la. Itu pon sebab cerita ini di filemkan. Itu cerita Melayu, cerita zombi di barat dah berlambak-lambak, aku pon tak minat sangat. Mengarut je lebih. Mungkin Orang zaman sekarang mudah sangat terpengaruh dengan filem-filem hantu zombi nih...
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
5 comments:
dari segi sains (chewwah.. poyo je), zombie tak wujud maa...
wujud la kot.. mamat khalid pun kata wujud..haha
hantu di twitter http://eleventx.blogspot.com/2011/07/hantu-di-twitter.html
zombi seram... jln terhoyong hayang muke creepy..heee
bila dah disogok dengan cerita genre mcm tu maybe buat diorang fikir benda tu betul2 wujud kot. haha
adei..macam2 la..x lojik~
Post a Comment