Saturday, July 16, 2011

Rajagopal keciwa peminat tak datang stadium.

Entri ini boleh di copy paste, tapi LINK kan kat blog aku. oK? 


Rajagobal menyatakan rasa kecewanya dengan sikap peminat yang hadir ketika Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.

“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan. -kosmo-

Tiket terlalu mahal.
Aku nak cakap 1 je, penganjur memang tamak dan mahukan keuntungan. Cuba la korang bayangkan, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil nih, mereka boleh menjul tiket dengan harga beratus-ratus ringgit. Kebanyakan penyokong bola sepak di stadium adalah golongan remaja dan dewasa. Mereka tidak mampu untuk membeli tiket yang terlalu mahal. Jadi aku harap selepas ini, pihak penganjur akan mempertimbangkan harga tiket supaya orang mampu milik. Klo murah kompom-kompom penuh stadium tuh.

Tarikh tidak sesuai.
Kenapa buat hari perlawanan pada hari bekerja? Penganjur juga patut mempertimbangkan hari perlawanan. Jika buat hari bekerja, hanya peminat di kawasan sekitar KL dan selangor je yang boleh pergi ke stadium. Buat la game haru minggu. Mesti ramai yang akan serbu stadium!!

Tiada live di Astro/ RTM
Peminat bola sepak memang sangat fanatik terhadap pasukan Malaysia. Terutamanya untuk kelayakan piala dunia. Rakyat Malaysia ternanti-nanti di ruang television untuk menyaksikan perlawanan siarang langsung Malaysia vs Arsenal. Malangnya, pihak siaran television di Malaysia tidak menyiarkan perlawanan tersebut. Rata-rata peminat keciwa dengan astro. Teruk betol. Kesian aku tengok kawan2 aku yang dah pergi ke kedai Mamak semata-mata nak tgk bola.

Thanks to Enciknakal.com.
Kenapa nak tribute kat budak nakal nih? beliau telah memberikan live stearming buat semua rakyat Malaysia yang dahagakan perlawanan Malaysia vs Arsenal. Bila aku perhatikan, itu adalah siaran dari negara arab. Pelikkan... aku tak taw apa masalahnya nak bagi tgk live kat rakyat sendiri. Aku sempat snap counter visitor yang datang ke website www.Enciknakal.com. Aku snapscreen pada minit 60* klo aku x silap. Dan aku snapscreen bila game dah tamat. Korang boleh kira sendiri la berapa ramai yang visit. Jom reramai buat live streaming...!!haha

 Pada minit ke 60 perlawanan.

Tamat perlawanan.* tolong kira jap...ngeh3.

Kene belasah.
Bila dapat tengok livesreaming kat internet, puas hati. Tapi bagi pengguna internet yang slow, memang gambar akan tersekat2. kesian kan... Tapi siapa peduli. Lepas tengok je, huh.. game macam hampeh. Player Malaysia kene buli teruk sangat. Sampaikan Arsenal mempermainkan Khairul Fahmi Che Mat. Klo korang tgk video die, mmg sedih.. Gol jaringan mereka pon bola yang langsung tidak mencabar, Bola lambung dan penjaga gol x tercapai bola tuh. * bola Chip. 

Sekarang nak salahkan siapa? peminat tak datang stadium ke? ataupon penganjur cekik darah??? Aku fan Chelsea. letak la harga murah2 sikit.. hadoiiii!!! pelissss laa.... hahahah.   I hope malam ni ade live kat tv. orang nak tgk game Malaysia Vs Liverpool Live!!!
Good Luck Malaysia!!

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

KAMIHIDUP said...

wah sj, permulaan entri dah menganjing si mamat copy paste tu, wahaaa.

papabear said...

geram tak de live.. terpaksa cari merata kat internet and finally dapat tapi bahas arab.. nak wat camna, layan je la..

a.samad jaafar said...

aku sokong pandangan nko bro.. rasanya, aku tak payah ulas lagi.. sume yg nko kata..betul belaka.. pelik ye.. bagi 'hiburan' kepada rakyat sendiri pun berkira sgt..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

aku fan arsenal.tp bila mas vs arsnl of cz la skong mas. xsnggup tgk mas kena belasah ngn arsenal..

Adzriel AB said...

camner pulak malam ni ye.. ye la.. dah rakyat malaysia, sokonglah malaysiakan. mak aiii... puluh ribu masuk jenguk budak nakal..

~teratai nailofar~ said...

current score mas vs liverpool 1-1.. :D

IMANSHAH said...

malaysia kalah tapi memberi tentangan
masa lawan liverpool

Nur Misnan said...

masing2 jaga perut sendiri...
kesian abah aku nak tgk bola x dpt..

Puteri Iqa Izyan said...

err. xtau nak cakap apa.
tp mmg kesian yg x dpt tgk bola live. sepatutnya ada. sebab bukan semua orang boleh pergi stadium tuh.

Idah said...

sokong sangat apa yg kou kata tu....aku pun tak nak ulas lagi...dah cukup apa yg kou katakan

amna said...

ha, ambil.. kan raja gopal sudah marah.. hehe.
takleh nak salahkan peminat bola sepak. mereka ada reason tersendiri tu.. tepuk dada tanya hati ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat