Thursday, July 21, 2011

Tanggungjawab seorang isteri.


Keterangan Gambar
  • Aku terjumpa gambar ni di Facebook.
  • Aku tersenyum tengok gambar ni.
  • Si anak kecil dibiarkan sendirian. Manakala Si Ibu melayani kerenah Si suaminya.
  • Menggambarkan sifat tanggungjawab seorang isteri kepada suami. 
Tanggungjawab seorang isteri.

1)  Kewajipan seorang isteri : 
  • Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
  • Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
  • Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
  • Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
2) Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa  ketiadaannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

3)  Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

4)  Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

5)  Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah 
  • Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya. 
  • Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami. 
  • Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada suaminya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat) 
  • Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
[SUMBER]

Kepada bakal isteri aku, jadilah isteri yang solehah kepada bakal suami mu ini. hahahaha.... *Berangan je lebih... keh3...

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik akh.

jarang sungguh ada org guna gmbr bgtu bila nak bicara soal ini hehe =)

apa2 pun isteri solehah sentiasa dinanti oleh yg soleh =)

apa yg dihajat moga tercapai ya akh =)

Pure Mahabbah Fillah said...

Assalam...salam ziarah...
yea setuju...
n mmg klu dh jd sorg istri....
InsyaAllah kn ajd wife yg terbaek tuk sorg suami..
tgjwb 2 x bert klu kita wat pa yg Allah suh...
lgpun syurga sorg istrei dbwh kki suminya kan...

ohcikgu said...

lawa gambar kera tu..

NURUL NADIAH MAMAT said...

isteri solehah idaman semua lelaki di dunia....
terima kasih atas ingatan...

xlama dah tue....t SJ kahwin jgn lupa jmput....hihi......

KAMIHIDUP said...

bakal isteri KAMI kat luar sana, hati-hatilah ye.

visitme@FaTiN cOrNeR said...

oowhh..itukah maksudnya..

a picture with thousand meanings..hehehe..best2..

semoga dipertemukan dengan jodoh yg baik2..insyaallah..amiinn..

Anonymous said...

tahniah..tahniah...

uMi KaLtHuM said...

salam..weewiittt dh sampai seru ke..hehe moge dpt wife solehah n jadi suami soleh

naulofah said...

love this picture..=D dengarlah lagu isteri cerdik yang solehah..you will be smiling ...

http://youtu.be/QEvZduUg9z0

fiezaradzi said...

moga dapat bertemu dengan isteri yg solehah.. ameen.

cikdekja said...

camna ang tau tu bini dia? kalau tuh jantan camna? :D

taat suami antara 4 sebab wanita mudah masuk syurga. kalau la semua org tau, xda la wanita ramai kt neraka. huu. nauzubillah.

cmna dgn tggjwb laki plak? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat