Friday, August 5, 2011

Ganjaran menyediakan makanan untuk orang berbuka.


Syukur Alhamdulillah, kita telah melalui 4 hari dalam bulan ramadan. Hari ini adalah hari kelima kita berpuasa. Walaupon aku di uji dengan masalah kesihatan, tetapi setakat ni masih lagi mampu bertahan. Itu baru ujian kecik je kawan! sahabat Nabi siap boleh pergi berperang ketika berpuasa. Lagi hebat. kan... Aku bukan nak cite pasal perang ke apa ke. Kali ni nak cerita tentang Moreh, ataupon jamuan untuk berbuka puasa.

Picture credit to muslimgirl.net

Moreh.
Maksud Moreh mengikut pemahaman aku adalah jamuan makanan untuk orang berbuka puasa. Tetapi, apabila aku merantau di tempat orang, istilah moreh di gunakan untuk jamuan makanan selepas solat tarawih. Jadi istilah moreh boleh di guna pakai untuk kedua-dua situasi mengikut suasana tempat dan persekitaran masyarakat. 

Utamakan moreh lepas tarawih?
Di kampung halaman aku, moreh di buat ketika berbuka puasa. Tetapi moreh di tempat aku merantau ini di buat selepas solat tarawih. Oleh disebabkan mereka mengutamakan moreh lepas tarawih, maka tiada moreh untuk berbuka puasa. Sedangkan jika di ikutkan hadis, lebih baik dibuat moreh (jamuan) untuk org berbuka puasa, bukannya lepas tarawih.
Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah). [Sumber]
Rebut peluang untuk bersedekah.
Aku tak cakap pon salah buat moreh lepas tarawih, itu semua terpulang pada kawasan masing-masing. Lebih baik utamakan moreh untuk berbuka puasa. Sekiranya, dilakukan moreh untuk berbuka dan juga moreh lepas tarawih, itu adalah lebih baik. Jadi, dalam bulan ramadan ini adalah peluang untuk kita menggandakan pahala dengan bersedekah.

Ramadan kali ini sapa nak belanja aku berbuka puasa.... ^_^

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

Nur Misnan said...

baru tau maksud moreh.

dua2 blh diguna pakai. tapi sebaiknya selepas maghrib..

ada kat astro cerita moreh nih
tapi x pernah tgk pun..

kiera'sakura said...

bru tadi dgar ustzh asni ckp..

pasal open house masa berbuka..sama la dgn konsep yg SJ sebut nie.. =)

Cik Sara said...

owh ek?
Jamuan berbuka slalo dengar orang panggil iftar.. Yang lepas terawih tu baru moreh..

Thanks atas perkongsiannya..~

visitme@FaTiN cOrNeR said...

apa2 pun yg penting niat untuk bersedekah..kn2??

Shah, kalau tak sihat mkn tembikai ye..haha..

get well soon...~~

ohcikgu said...

dah jarang lepak moreh nih. hehe..

ohcikgu said...

dah jarang lepak moreh nih. hehe..

J.Syazwana said...

lah yeke.
saya pon selama ni ingat moreh tuh istilah untuk makan2 lepas tarawih. huhu

thanks info :)

Saiazuan said...

owh.. kt kwsn aku time brbuka n slps terawih ada :)

teDD said...

bile sjiehan nak belanje saye??

eton said...

klu kat kampung sy dipanggil gunjung = bersedekah makanan.. :)

Nazihah@Jiha said...

alhamdulillah,ramadhan ni ramai yg bagi moreh ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat