Tuesday, August 9, 2011

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.


Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. Kos pembinaan masjid Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah sekitar RM 208 juta. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini mampu menampung seramai 20,000 jemaah.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China. [Sumber]

Beberapa hari lepas aku solat tarawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini. Walaupon masjid ini menggunakan gas penyejuk tetapi aku tetap berpeluh. Mungkin gas penyejuk itu tidak mampu menyejukkan masjid dengan kapasiti jemaah yang ramai. Klo x percaya, try la solat tarawih di sana... mungkin aku ni je yang kuat berpeluh.. huhu

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

8 comments:

farz zull said...

cantiknyaa...x berkesempatan pergi lagi..:( yg ni lain dngan masjid satu lagi kan kat putrajaya jga...aiseeyhh, x ingat nama plak...huhu

visitme@FaTiN cOrNeR said...

sekarang nie kn musim panas..myb GDC tu kurang mmbantu plus jemaah yg ramai..

tp mmg cantik msjid nie..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

hehehe..xpenah p lg pn..

woot woot said...

panas sebab ko x ajak aku ngn asip kot..hahahha xD

kiera'sakura said...

insyaAllah panjang umo, ade rezeki nanti dpt la solat dlm masjid nie..

.izzati liyana. said...

sekali lagi, cantiknyaaaa.

saya tak pernah jalan-jalan lagi putrajaya. satu hari maybe. nak sampai ke putrajaya tu rimas dan sesak.

amna said...

cantiknya gambar2 tu :)
selamat bertarawih, pernah jemaah sekali je kt masjid ni, tu pun solat fardhu.

muhammad fakhruddin said...

Kalau jemaah ramai, mungkin sistem penyejukan tu kurang efektif.

Pernah singgah di sana sebelum bulan puasa. Masjidnya cantik, tapi jauh dari kediaman penduduk Putrajaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat