Saturday, January 15, 2011

Pelajar cemerlang yang hebat.

update ~!!

Kalau SJ ditanya apa perbezaan paling ketara antara pelajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang, SJ akan katakan "Hormat kepada Guru".

Perkara paling mudah untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru ialah dengan mendengar dengan teliti semasa guru bercakap, senyum dan fokuskan tumpuan anda kepada apa yang guru sedang katakan.

Walaupun kadangkala anda tidak faham apa yang guru anda katakan, bersabar dan teruskan dengar dengan teliti. kemudian, tanya guru anda apa yang anda masih kurang faham. Adakalanya guru tidak melayan soalan anda kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, anda tanya guru anda di luar waktu kelas. Guru selalunya akan merasakan anda amat bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika anda bertanya tentang pelajaran di luar waktu kelas. Jadi, mereka akan lebih mesra melayan soalan anda.

Analogi mudahnya begini, bayangkan seorang guru mengajar dua orang anak muridnya, Ali dan Abu. Ketika anda mengajar, Ali sentiasa mendengar penerangan dengan teliti. Dia fokuskan perhatian kepada dan bercakap dengan nada yang sopan.

Manakala, Abu pula tidak pernah fokus kepada gurunya. Apabila guru tersebut menerangkan sesuatu kepadanya, dia akan lihat ke arah lain, bermain pensel, tidur, dan dia membuat bising ketika proses pembelajaran. Dia juga sering menejek-ejek gaya  gurunya bercakap, malahan bercakap kasar apabila beliau berkomunikasi dengan gurunya.

Jadi, kita sebagai pelajar hendaklah mengohormati guru kita walau di mana jua kita berada.  Pelajar yang tidak fokus, biadap dan suka membuat bising di dalam kelas telah boleh menyebabkan guru marah, adakah itu pelik? Fikirkan.....

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

3 comments:

naulofah said...

btul2..=)

Anonymous said...

sokong ! =D

Annisa said...

yepp.hormat cikgu penting walaupun macam mana pun cikgu tu ajar.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat