update ~!!
 Dapatkan Tabloid iluvislam
Asal-usul Hari Kekasih
    Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai  asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad  ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari  setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.  Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut  Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan  menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati  demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari  kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
    Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan  tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering  melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya.  Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut  hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari  kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang  kolot dan 'out dated'.
    Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan  anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan  pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam  cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. 
    Jika  kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media  massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan  menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat  promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan  filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.
    Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan  berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang  sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita  malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu  yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak,  akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
     Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita  dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian  sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan  pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas  syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan  berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari  sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap  hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga  diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.
Sumber dari iluvislam. 
 "the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
![! !shahjiehan [dot] com ! !](http://2.bp.blogspot.com/-e42ZGxhheFM/TfRCzuGZIkI/AAAAAAAAA2U/-hSxBDFDgm0/s1600/header.png) 








5 comments:
14hb ni mesti ramai je orang jual bung ^_^
bagus sj nih buat n3 pasai nih:))
full mark utk dak baek SJ:d
jangan laaa sambut. makin nak dekat 14 feb makin rase tkot. ish2
x suka hari kekasih . huh . sgt tdk bermoral. p/s { baik bca aq-quran n cepat2 katamkn beratus2 kali }
hehe..
sokong akan post yang ini. post SJ berkaitan V-Day antara post yg tbaik yg saya baik. ia bukan shj santai dibca malah ia juga punya unsur2 islamik smpikan sy mengomen post Sj dlm bhs yg saya katakan bhs islamik + sopan gitu
Post a Comment