update ~!!
Aku baca kosmo pagi ni, tajuk besar, "Ketua kelas patah tangan di belasah". Heran sungguh, orang zaman sekarang ni, cukup suka belasah orang sana sini. Orang tu sihat walafiat, tibe2 patah riuk. Jangan ikut nafsu marah tu sangat. Ingat korang kuat sangat ke? jgn lupa, kuat mana pon kita, Mati nanti, masuk dalam tanah jugak!!..
Jangan lupa, doa orang di aniaya adalah antara doa yg tiada hijab (penghalang). Jika dia doakan kita dengan doa2 yang tidak elok, kan payah jadinya. Jika dia doakan supaya hati kita x tenang, maka hidup dalam kegelisahan la jawabnya.
Klo kat dunia, korang x kene tangkap ngan polis, dan tidak di beri hukuman yang setimpal, tapi kat Akhirat? Jawab la sendiri ... Kat bawah ni ade berita mengenai ketua kelas tersebut.
KANGAR - Ketua kelas ini sekadar melaksanakan tugas mencatatkan nama pelajar ponteng sebagaimana kebiasaan dilakukannya setiap hari.
Namun, tindakan murninya itu kelmarin membawa padah apabila dia dibelasah oleh sekumpulan 11 pelajar samseng yang sudah lama berdendam dengannya.
Akibatnya lengan kiri pelajar itu patah, tulang bahu terseliuh manakala kening kiri turut luka dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 pagi.
Muhammad Shahfaly Anoar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi dekat sini terpaksa mengambil cuti sakit selama 11 hari akibat kejadian itu. -Kosmo-
psst:/ jgn sesuka hati nak pukul orang sana sini..
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
11 comments:
huh?
jadi ketua kelas pun dah ngeri.
budak sekarang ni pelik betul~
ish3...
macam2 hal sekarang ni.
-.-'
sobss sobbss semalam baru jer tengok pakcik tua cine kena belasah sekumpulan India.. pasal sampah.. sedih.. tapi yang paling sedih saya tak dapat tolong pakcik itu..
sekarang semua nak tunjuk hebat n gengster...
bnda kecik pn leyh sebabkan pukul memukul
hai budak2 sekarang...nk jd apelah agaknya? sekolah pn tk aman...cam ni nk salahkan siape yek?
ish budak2 sekarang nie suke betul tunjuk terel besar kepala. haish!
aku dlu pon anti ketua kelas n pengawas jugak..
tp xdela smpai patah tgn..
patah bulu roma ja.. heheh..
bilalah semua benda macam ni nak reda.. semakin hari semakin menjadi-jadi pula..
uik. kt kangaq tuh. kah3. malu akuu.
sekolah ni mmg kategori agak ganas sket. aish. bahayaaa oii.
hah lepas nie mest ramai yang takut nak jadi ketua kelas dah. padehal dulu berebut2 nak jadi...hurmm
hah lepas nie mest ramai yang takut nak jadi ketua kelas dah. padehal dulu berebut2 nak jadi...hurmm
Post a Comment