Tuesday, April 5, 2011

Garam mandian kesan kebocoran radiasi

update ~!!

Aku kagum bila membaca berita mengenai Rakyat jepun yg berusaha bertungkus lumus untuk melawan Radiasi. Pelbagai cara di gunakan untuk mengurangkan kesan radiasi. bijak sungguh mereka. KLo aku..er....



TEPCO guna garam mandian untuk kesan kebocoran radiasi


TOKYO - Para jurutera pengendali loji nuklear Fukushima Dai-ichi, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) menggunakan garam mandian dalam usaha terbaru mereka untuk mengesan satu kebocoran yang berlaku pada salah satu reaktornya.

Garam mandian itu digunakan bagi menghasilkan warna putih, sekali gus membantu mengesan punca kebocoran. TEPCO turut merancang memasang sejenis 'langsir' sebagai cubaan menghalang air beradiasi daripada terus memasuki laut. TEPCO bagaimanapun masih belum menyatakan apakah material yang akan digunakannya.

"Kami perlu menghalang penyebaran air tercemar daripada terus merebak ke laut secepat mungkin. Kami telah meminta TEPCO supaya bertindak pantas," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano. 

Edano turut memberi amaran bahawa radiasi terkumpul daripada kebocoran itu boleh memberi impak besar kepada Lautan Pasifik. 

Pada hujung minggu lalu, mereka mencampurkan serbuk kayu dan surat khabar dengan polimer serta simen untuk menyekat kebocoran. Setakat ini, usaha tersebut gagal untuk menampal retakan pada satu pit konkrit pada reaktor No. 2 yang menyebabkan air mengandungi radioaktif masuk ke dalam laut. 

Jepun menyatakan bahawa tiga daripada enam reaktor di loji terbabit secara keseluruhannya berada dalam keadaan stabil. 

Dalam perkembangan lain, TEPCO mula membuang lebih 10,000 tan air yang mengandungi tahap radiasi rendah ke laut bagi menstabilkan loji tersebut. "Kami tiada pilihan, ini adalah langkah keselamatan," jelas Edano.

Tindakan itu diambil untuk menambah ruang penyimpanan yang semakin penuh dan menjejaskan usaha pembaikan. TEPCO menegaskan bahawa air yang tercemar itu tidak akan menjejaskan kehidupan marin. - Agensi 



Para pekerja yang memakai pakaian khas menyembur pelekat sintetik di loji nuklaer Fukushima Dai-ichi dalam usaha menyekat kebocoran radiasi daripada terus masuk ke dalam laut.

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

3 comments:

naulofah said...

hmm mandi air garam leh tak hilangkan allergic satu badan??

Bunga said...

oo..bunga baru tau pasal ni..hehe..dah lama xbuka surat khabar..hahakhaka

Azreem said...

Memang bagus orang Jepun ni. Diorang sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Harap rakyat malaysia dapat mencontohi mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat