Wednesday, April 6, 2011

Handset apa tu sampai RM10,592.00?

update ~!!

Sekarang Iphone4, RM2k. Nokia blackberry pon lebih kurang RM2k jugak kan...tapi ini dia, nset Lagi mahal dan lagi besar dari Nset tuh. hahahha... Mahal dan besar kerana tu Nset 38 tahun yang lalu, 1973. Aku penah tgk Nset besar waktu tgk cite Sholin Soccer je la.. Masa die tgh berangan2 waktu latihan bosa sepak. 



Panggilan telefon bimbit pertama 38 tahun lalu


MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.


"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi




"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

9 comments:

Dear Yayah said...

uihh ,mahalnye .telepon selular ain pun bape ratus je T__________T


haha XD

Annisa said...

mahalnya weyy =.=" ehhhhhhhhhhhhhhh, iphone ^_^

mizayusof said...

sangat bernilai. barangan antik ni.

Solihin Zubir said...

ini bermakna, henset pertama di dunia jenama motorola la eh?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

uiiii...besaq gedabak...

.:padie_eyla:. said...

makin antik makin mahalll. auwww!

Bunga said...

xsanggup deng nak beli..hehee

alinsharif said...

beeeeeeeeeesarrrrrrr nya.....
mahal lak tu...
antik..antik..antik..

Amanie Khairunnisa said...

uii mahalnye. buat bayar pt bagus duit tu ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat