Tuesday, June 21, 2011

Kelebihan Air zam-zam


 
 
Seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun datang ke 1 seminar tentang air. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
 
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,  tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi".
 
 Molekul air.
 
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. 

Lalu profesor bertanya "Siapakah diantara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang paling mulia di dunia ini" Jawab Pensyarah tersebut. Lantas Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk
molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekull air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air tersebut yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca
sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... 
 
Susahnya nk cari air zam-zam... ade sesiapa nak sedekahkan x?huhu
 
Sumber halaqah.net
 

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

Unknown said...

selamat pagi shah.....
subhanallah.. besarnya nikmat tuhan..
dia jadikan air zamzam untuk insannya

dik, rasanya nak cari kena pi tempat2 yang jual peralatan al quran..
ada dijual..

Nazihah@Jiha said...

Subhanallah...syukran kerana berkongsi. InsyaAllah,satu hari nanti dpt merasanya :)

KAMIHIDUP said...

lama dah tak minum, tapi kat mydin ada jual, rm10 sebotol, kecil je botolnya.

zanafahmi said...

Subhanallah...

nak air zam-zam? kena tunggu sedara mara yang balik dari Mekah..

Amanie Khairunnisa said...

waaa hebat la kan. teringin mau minum air zam-zam jugak

uMi KaLtHuM said...

subhanallah

Raden said...

prof tuh xnk masuk Islam ke?

Anonymous said...

Subahanallah...itulah kebesaran kuasa Allah yg dapat kita lihat...

Dear Yayah said...

rumah mak cik ain ada byk air zam-zam.. :P

muhammad fakhruddin said...

Prof. Masaru Emoto yang buat kajian mengenai bentuk molekul air. Masa jalan-jalan dalam Kinokuniya KLCC hari tu nampaknya banyak juga buku pasal teori dia ni.

sydatina marketing said...

assalam..

saya menjual air zamzam...boleh hubungi 013 3262903

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat