Thursday, June 9, 2011

Review KL gengster

Aku pasti, panggung-panggung wayang mesti penuh dengan generasi muda. Mereka ternanti-nanti cerita Orang bergaduh-gaduh nih. Member aku kol panggung wayang di langkawi ni jam 2 ptg tadi, die cakap, Tayangan 7:15- empat dari depan je ade lagi, kol 9:15 dan 11:15 fullhouse!!.. amik hang!...




Sinopsis KL Gengster

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster. Seorang bernama Malek (Abang) dan seorang lagi Jai. Si abang telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek, setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam (ahli kongsi gelap).

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru.
King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya (Jai) yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. Bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

*aku tak pegi tengok cite ni pon, tapi aku dapat rasakan ramai yang akan pergi tengok cite ni. Promosi yang hebat, hero-hero yang tegap aksi yang menarik. Walaubagaimanapon, aku dapat rasakan banyak kesan negatif filem ini berbanding kesan positifnya. Terutamanya kepada generasi muda dan juga kanak2.
Review KL gengster di SINI.

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

7 comments:

Sweetmango said...

hoho... laku aih.. macam best.. filem aksi.. hurm nak kena cri member ajak gi tengok nie..

Shila said...

alaa..xnk tengok ke?

baru nk ajak..

err..baru nk blnja..kehkehkehk..

angahIera said...

kat sini xda wayang lah :(

Amanie Khairunnisa said...

Emm rasa betul cakap SJ tu. byk -ve dari +ve. x tengok cerita ni sbb x minat genre macam ni. kalau action comedy suka la tengok

♥NuR SyAFiQah♥ said...

cambest je...turun T.S minggu ni..yehaa

Solihin Zubir said...

Lu blah, gua cari! hahaha..

wan syamilah said...

cam best je..nanti nk tgk gak ler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat