Orang ramai kini boleh berbuka puasa sambil menikmati pemandangan indah pusat pentadbiran kerajaan melalui pakej buffet Ramadan yang ditawarkan oleh Cruise Tasik Putrajaya. Aku tak pernah lagi naik kapal Cruise ni. Tengok dari jauh pernah la.
Sepanjang bulan Ramadan ini, Cruise Tasik Putrajaya menyediakan perkhidmatan bot yang mengambil masa selama satu jam tiga puluh minit untuk satu pelayaran. Mereka menawarkan dua jenis menu kepada pengunjung iaitu resipi masakan Melayu dan resipi masakan Moghul. Wah... sedap nih... tapi tempoh makan atas ni cuma 1jam 30 minit. Larat ke nak lahap semua dalam masa yang singkat? hahahaha...
Rm 70 Nett for Adult
Bertemakan Shahjiehan.
Harga promosi yang ditawarkan kepada pengunjung dewasa hanya RM70 manakala kanak-kanak RM50 sahaja bagi satu kali pelayaran yang mengambil masa selama satu jam tiga puluh minit. Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI
Nampak macam best kan... Tetapi sekali makan RM70 la. Agak-agak berbaloi tak?...Klo bawak geng bertangki besar memang berbaloi2. Masalahnya aku bukannya bertangki besar. hahaha... Klo nak cari ketenangan berbuka di atas tasik apa salahnya, sekali sekala. Pengalaman macam ni bukan senang nak cari. Aku tunggu jemputan rakan-rakan untuk berbuka atas Cruise Tasik Putrajaya ni je..hahaha...
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
15 comments:
mak aih RM70!!! tak pe lah, kita buka puasa kat tepi sungai je la..huhu
mak aih..moghul menu nampak sedap..
klu mkn 1 jam berat dari 50kg boleh jd 70kg nih..
Shah jom!!hahaha..p dlm mimpi..
fuyoh banyaknye makanan.
best2
:D
klu bwk kira mmg x berbaloi.. tank kecik... hihihi
assalam..
bestnyer..ihiihi
sy tukang tgk owg berbukak kt c2 dh la..uuuuhu
sy bkk posa kt ats tasek umh sy jala..hiiiii
salam Ramadhn..
Sekarang memang makin mahal buffet kat hotel/restaurant. Tapi kalau tempat tu memang best berbaloi jugak kot bawa family sekali sekala
alamak rm70... ngan husb 140, anak2..3x50=150+140???? buke kat tepi tanjung gila, tengok sunset je aar sambil makan tauhu bakar special.. baru 7.50 je..
dah naik..
tapi ada tak ruang untuk solat..makan2 jugak..solat kena buat. maghrib kan pendek
pergh!best gile.kalo dpt leh jdkn kngn bnde ni..hee=)
bestnyer!!!!
jom singgah
cantiknyaaaa..teringin nak naik. tapi danga cruise yg dah berapa abad tu pun tak pernah naik lagi.
rm50 pun rasa tak berbaloi, rm70? hmm. kuantiti yg dimakan tak sampai jumlah yg dibayar. membazir. tapi kalau kaya berair dan nak try, boleh je kan.
rm70 utk sejam stongah yo.. senak la perut nak makan rushing.
p/s:tak pernah naik cruise ni pun..
uih....cool....
ramai la yang tercekik sebab nak habiskan makanan..
tggu jemputan SJ..
bile sj nak belanje berbuke puase??
Post a Comment