Motosikal jatuh lubang
Sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki termasuk ke dalam lubang di sebatang jalan raya di China. Dia terjatuh dengan kepalanya masuk ke dalam lubang itu terlebih dahulu.
Menurut seorang saksi, Hui Shi, ramai orang ketawa kerana lelaki itu tertonggeng dengan kepala dia masuk ke dalam lubang manakala kakinya ke atas. Penunggang motosikal tersebut, Zhang Bo tidak memakai topi keledar ketika kejadian tersebut berlaku.
Dia dihantar ke sebuah hospital kerana kecederaan di kepala dan rahangnya. Menurut polis, lubang yang tidak bertutup banyak terdapat di jalan raya kerana penutupnya dicuri supaya ia dicairkan untuk dijadikan barang sekerap. -[Sumber]
Pengajarannya :
- Berhati-hati ketika berada di jalan raya.
- Pakai helmet ketika menunggang motosikal.
- Jika orang terjatuh, maka kita hendaklah menolong orang tersebut.
- Jangan mentertawakan orang ketika orang tersebut jatuh.
- Jangan mencuri penutup lubang di jalan.
- Menjauhkan bahaya dari jalan laluan adalah 1 sedekah.
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " [hadis 26 daripada hadis 40.]
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
6 comments:
yaa, bnr tu!
nasib baik kat China .. cube kat Malaysia. femes die woooo masok paper hahaha
assalam....
SHAAAAHJIIIIHAAAANN...huhu..
sj ja wat gimik...
erm..mto tue pndau ye msuk goal..uhuuu
manusia mmng cam tuh..slagi x kena x brubah..
perghh..mcm stunt dh..
moral of the story, jgn curi besi buat jual..nnt menyusahkan org ramai..
Allahuakbar..
dahsyat eh!
berhati-hatilah ketika memandu..
sekali-sekala pandanglah jln tu..
suka hadith tu ^_^
Post a Comment