Thursday, July 14, 2011

Nisfu Syaaban

I luv islam.com

15 Syaaban 1432H

Seperti biasa, pada malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad s.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.


Pengalaman aku pada malam Nisfu Syaaban.

Aku pernah juga pergi ke Masjid pada malam ini, masa tu aku kecik lagi. Baca Yasin memang merangkak-rangkak. Kawan aku ajak membaca Yasin, Seperti biasa, aku yang Tak berapa laju membaca Yasin ni, ikot je bunyi sebutan jemaah yang membaca Yasin. Klo dah lambat sangat, aku selak-selak je helaian tu. Memang pada malam tu ada kelainan sedikit daripada malam jumaat.  Tahap berkelajuan tinggi jugak la kadar bcaaan mereka. Rupa-rupanya mereka membaca Yasin tu sebanyak 3 kali. Mantap gileee !! aku baca jugak la... 5 ayat pertama tu mmg aku dah hafal, 3 ayat terakhir pon aku dah hafal. So, aku buat tu je la.. ngeh3...


Terlalu laju bacaan Yasin.

Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca Al-Quran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca Al-Quran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?


Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpd Mu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).


Hadis Nisfu Syaaban. 

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Aku tak cakap pon haram,  tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada aku sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan Al-Quran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca Al-Quran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.


Fadhilat bulan Syaaban.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1)  Memperbanyakkan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”
(Dipetik dari kitab Durratun Nasihin). 

2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” 
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin). 

3)  Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


Ramadhan semakin menghampiri, elok sangat la kita buat puasa sunat. Sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. Kepada rakan-rakan yang masih ade puasa yang belum berganti, elok la ganti sekarang. Biasa lah, orang zaman sekarang suka buat kerja last minute. Jika ada artikel aku yang mempunyai kesilapan, tegur di ruangan komen, agar kesilapan aku dapat di perbetulkan. | Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak |

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

12 comments:

izzafey said...

entri yg bagus dan berguna bg masyarakat Islam, ttg nisfu syaaban.

betul, tiada hadis pun berkaitan baca yassin 3kali pada nisfu syaaban..

Tuan Hijau said...

terbek...

tomato said...

bagusss3 ! tengs for the info tajmahal ! ilmu2 ^^

Anonymous said...

terima kasih Shah atas perkongsian.... :)

shida anwar said...

terima kasih berkongsi...

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik

alhamdulillah,terbaiklah akh shah =)

Kira Sakura said...

trima kasih share info SJ

fa-in said...

sy pernah d beritahu dikatakan 3x bacaan sbb ada 3 niat utk setiap nya.
yg sy ingat 2 niat tu minta dipanjangkan umur selaras dgn amalan baik..murah rezeki..
tu la, kat tmpat sy masih amal kan lg.

Sweetmango said...

nice info.. :)

Sunah Sakura said...

dah Syaaban...da nak Ramadhan...subhanallah... tak lama lagi Nisfu Syaaban..

ibuintan said...

semakin hampir kita dgn Ramadhan

di masjid dan surau tempat ibu juga diamalkan membaca Yassin 3 kali ni

amna said...

bestnya.. pahala 70 nabi
btw, thanks for the infrmation ye Mr. ShahJiehan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat