Friday, July 8, 2011

Tips untuk sesi temuduga Imam Muda.


Apakah tips untuk sesi temuduga Imam Muda :

1 ) Peringkat Pertama
  • Anda, dikehendaki membaca Surah al-Fatihah secara berlagu. Seperti anda menjadi seorang imam solat. Tajwid suara, fasohah itu perkara yang dilihat.
  • Namun kelebihan akan diberikan kepada yang mempunyai kehalusan dan kesenian dalam pembacaan.
  • Antara tips untuk memilih lagu. Kebanyakkan juri lebih suka anda membaca tanpa meniru mana-mana Syeikh atau Qari atau imam-imam yang sudah masyhur. Anda akan dinilai baik, sekiranya anda mempunyai gaya bacaan tersendiri. Serta kemampuan anda untuk mempelbagaikan gaya suara dan lagu.
  • Sekiranya juri tidak berpuas hati untuk menilai suara anda, maka mereka akan cuba menyuruh anda membaca surah yang lain.
  • Boleh jadi mereka akan menyuruh anda bernasyid, marhaban ataupun bertarannum. Sila bersedia dengan lagu nasyid tersendiri.
2 ) Peringkat Kedua
  • Anda akan diadili oleh 2 orang panel. Antaranya yang melihat gaya anda bercakap serta keterampilan anda. Ada juga hakim yang akan menilai daya keintelektualan anda dari segi pengetahuan am dsb. Ada juga hakim yang akan mengadili cara anda berhujjah dan juga menyampaikan syarahan.
  • Sila bersedia untuk berucap menggunakan bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan bonus kepada siapa yang boleh berbahasa lain dari yang disebutkan tadi.
  • Sila bersedia mengetahui nama-nama negara dan ibukota seluruh dunia, matawang, nama pemimpin-pemimpin negara, serta isu-isu terkini.
  • Anda juga perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah yang akan diutarakan kepada anda. Gunakan pendekatan luar biasa dalam menyelesaikan masalah tersebut.
  • Pastikan anda bijak bermain-main dengan kamera.
3 ) Peringkat Ketiga
  • Jawab soalan yang akan diberikan kepada anda melalui borang yang tertera. Boleh jadi ianya setebal yang mungkin.
  • Jawab dengan menyatakan siapa diri anda sebenar. Bukan anda menyatakan diri orang lain, ataupun malaikat untuk dinisbahkan kepada diri anda.
  • Jadilah diri anda sendiri.
Cukup sahaja setakat ini tips ringkas dari Imam Muda Asyraf jika anda berminat untuk menjadi Imam Muda. Ini adalah tips menghadapi penemuduga. Namun untuk menjadi Imam Muda anda perlulah bersedia luar dan dalam. Antaranya :
  • Ikhlas, bersedia untuk tidak kaya, bersedia menerima kutukan (atau kata minami dlm DOREMI, ‘tahan maki ), bersedia untuk tidak tidur malam, bersedia untuk tidak makan seharian, bersedia untuk tidur di dalam kereta, bersedia untuk senyum setiap masa, bersedia untuk jarang bersama keluarga dan banyak lagi persediaan yang tak mampur terhurai…senang cerita, hilangkan negatif, fikir positif. Anda sebenarnya MAMPU!! >> IM Asyraf <<
Program Imam Muda.


"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

2 comments:

Shila said...

jiehan ko try masuk tgk..

Amanie Khairunnisa said...

mencabar jugak. Hee tapi ni la ujian utk jadi imam muda yang unggul kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat